Bajet 2019 mesti menekankan usaha menambah baik agenda Bumiputera
KUCHING: Bajet 2019 mesti memberi penekanan kepada usaha menambah baik agenda Bumiputera walaupun kerajaan persekutuan berdepan kekangan kewangan.
Presiden Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Datuk Abang Helmi Ikhwan berkata kekangan dana yang dihadapi kerajaan persekutuan Pakatan Harapan(PH)ketikainitidak seharusnya menjejaskan pembiayaan untuk perniagaan Bumiputera.
“Kita sedia maklum kerajaan Persekutuan berdepan halangan untuk Bajet 2019, mereka tidak ada wang, semua orang tahu dan bercakap mengenainya.
“Namun apapun masalahnya, ia tidak seharusnya menjejaskan bantuan atau pembiayaan untukusahawanBumiputera kerana pembangunan perniagaan Bumiputera adalah dalam tempoh jangka panjang,” katanya kepada Utusan Borneo, Isnin.
Abang Helmi menegaskan, apapun kekangan dihadapi kerajaan persekutuan untuk menyediakan Bajet 2019, agenda membangunkan usahawan Bumiputera mesti diteruskan.
“Kita tidak hanya berharap agenda Bumiputera diteruskan tetapi diperkukuhkan lagi menerusi program-program pembiayaan dan bantuan sokongan sewajarnya,” katanya.
Beliau menambah jika kerajaan Persekutuan PH terus menghentikan pelaksanaan programprogram membantu usahawan Bumiputera ia akan menjejaskan pertumbuhan perniagaan golongan itu.
“Tahun lalu, program untuk memperkukuhkan perniagaan Bumiputera tidak baik, banyak tidak diteruskan malah beberapa daripada program inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) dibatalkan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan kerajaan PH akan mencari jalan untuk memperkukuhkan pertumbuhan perniagaan Bumiputera di negara ini yang masih jauh ketinggalan.
“Kita tahu ia bukan mudah. Ia sukar dilakukan tetapi kita berharap kerajaan persekutuan PH akan mengumumkan berita baik untukusahawanBumiputera di seluruh negara.
“Usahawan Bumiputera di Sarawak khususnya amat memerlukan sokongan dan bantuan dari segi pembiayaan daripada kerajaan kerana rata-rata daripada mereka adalah usahawan kecil dan sederhana,” ujarnya.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan membentang Bajet 2019 pada 2 November depan dan ia merupakan bajet negara pertama buat kerajaan Persekutuan di bawah PH.
Bernama pada 21 Septemberlepasmelaporkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebagai berkata Bajet 2019 sebagai belanjawan yang sukar bagi kerajaan Persekutuan.
Menurut Lim, kerajaan Persekutuan perlu membetulkan kewangan fiskal dan pada masa sama perlu meningkatkan kesejahteraan rakyat.
“Kita harap rakyat akan faham bahawa kita perlukan masa tiga tahun untuk berbuat demikian,” katanya.