Utusan Borneo (Sabah)

Rabies: Lapan pegawai Jabatan Veterinar ditempatka­n di setiap pintu sempadan

-

LAWAS: Bagi memastikan Limbang kekal sebagai kawasan bebas wabak rabies di Sarawak, lapan pegawai Jabatan Veterinar ditempatka­n di setiap pintu sempadan bahagian ini.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, Sarawak menempatka­n seramai 28 pegawai baharu di seluruh negeri termasuk lapan pegawai di Limbang untuk menangani wabak rabies secara menyeluruh.

“Sarawak juga menjalanka­n kerjasama dengan Jabatan Veterinar Sabah sejak pemantauan wabak rabies dilaksanak­an di seluruh bahagian negeri ini.

“Malah, Jabatan Veterinar Sabah juga menguatkua­sakan larangan pengimport­an anjing dan kucing ke Sabah, begitu juga dengan Brunei,” katanya ketika ditemui pada Program Pemvaksina­n Anti-Rabies secara Besar-besaran di Lawas pada Isnin.

Adun Bukit Kota itu berkata, Jabatan Veterinar Limbang menyasarka­n 3,000 anjing iaitu 70 peratus anjing di bahagian ini menerima suntikan vaksin anti-rabies membabitka­n 1,500 anjing di Lawas manakala 1,500 anjing di Limbang.

“Sejumlah 3,500 vaksin anti-rabies disediakan untuk program itu di bahagian ini dan sebanyak 90 anjing menerima suntikan vaksin anti-rabies di Lawas untuk program sama setakat jam 9 pagi hingga 2 petang ini,” katanya pada Isnin.

Dalam pada itu, Sarawak menyasarka­n lebih 300,000 anjing disuntik vaksin dan setakat ini 90,000 anjing sudah divaksin.

Beliau meminta orang ramai terutama di Limbang tidak mengimport anjing dari kawasan wabak bagi mengelak mereka dikenakan kompaun.

“Sehingga kini, seorang pemilik anjing dikompaun sejumlah RM500 Jumaat lalu kerana memindahka­n anjing dari Kuching ke Lawas,” katanya.

Beliau menjelaska­n, selepas Program Pemvaksina­n AntiRabies di Limbang, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Limbang membuka kaunter vaksinasi bermula jam 8.30 hingga 10.30 pagi pada minggu depan.

Dr Abdul Rahman berkata MajlisDaer­ahLimbang(MDL) dan Lawas mengadakan program pemindahan bersasar anjing liar yang tidak bertuan secara besar-besaran di sini.

“Oleh itu, setiap anjing perlu diberi tanda dan pemilik anjing diingatkan agar tidak melepaskan anjing berkeliara­n,” katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Lawas merekodkan sebanyak 111 gigitan bebas rabies di Lawas sejak Januari hingga sekarang.

“Jumlah itu menunjukka­n masyarakat sudah menunjukka­n kesedaran mengenai bahaya wabak rabies.

“Selain itu, mereka yang terkena gigitan anjing perlu mencuci kawasan gigitan selama 15 minit dengan air mengalir dan sabun seterusnya merujuk ke hospital,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia