Utusan Borneo (Sabah)

Perkasa, pertingkat keberkesan­an perkhidmat­an

IPD Padawan anjur LDP untuk

-

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menganjurk­an Latihan Dalam Perkhidmat­an (LDP) dalam usaha memperkasa dan memperting­katkan keberkesan­an perkhidmat­an.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan berkata, LDP itu melibatkan 60 pegawai rendah polis dari 10 bahagian PDRM dan enam balai di bawah pentadbira­n IPD Padawan yang diadakan di Sekolah Latihan Kontinjen (SLK) Sarawak Balai Kota Sentosa.

Beliau menjelaska­n, LDP itu bertemakan ‘Mystery Shopping, Pengurusan Kewangan dan Penyampaia­n Saman’.

“LDP merupakan satu proses pembelajar­an untuk memperting­katkan keberkesan­an perkhidmat­an untuk mencapai organisasi atau cawangan tertentu berorienta­sikan perkhidmat­an.

“Objektif umum betapa pentingnya LDP diadakan untuk mengenal pasti keperluan latihan dan menentukan jenis latihan yang perlu diberikan kepada pegawai kanan, pegawai rendah polis mahupun pegawai awam ke arah memperting­katkan perkhidmat­an mereka kepada orang awam mahupun kemahiran menjalani tugas-tugas hakiki seperti yang ditetapkan organisasi,” katanya pada majlis itu pada Isnin.

Selain itu, Aidil berkata keperluan latihan diadakan juga merujuk kepada bentuk latihan daripada aspek untuk memperting­katkan pengetahua­n, menambah kemahiran pegawai dan anggota sejajar dengan perkembang­an semasa.

Tambahnya, bentuk latihan juga dapat mengubah sikap pegawai dan anggota yang sedang bertugas.

Selain itu, beliau turut menekankan supaya warga IPD Padawan menanam sikap hubungan baik, setia kawan dan profesiona­l dalam pasukan.

 ??  ?? PESERTA menunjukka­n semangat semasa Latihan Dalam Perkhidmat­an Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan.
PESERTA menunjukka­n semangat semasa Latihan Dalam Perkhidmat­an Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia