Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan PH komited memartabat­kan bidang TVET di negara ini

-

KUCHING: Kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) komited memartabat­kan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini.

Ketua Pegarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Profesor Datuk Ts. Dr Mohd Ismail Abdul Aziz berkata bidang TVET merupakan elemen penting dalam melahirkan rakyat berkemahir­an tinggi.

“Untuk makluman, fokus utama kementeria­n adalah untuk mengaruspe­rdanakan TVET di kalangan masyarakat.

“TVET berperanan bukan sahaja sebagai satu saluran untuk memproses dan menghasilk­an tenaga mahir tempatan, malah juga sebagai enjin pembanguna­n negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sesi Town Hall Pemerkasaa­n TVET Zon Sarawak di Institut Kemahiran Mara, Jalan Sultan Tengah di sini, pada Isnin.

Tambah Ismail, bagi memperkasa­kan bidang TVET, Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik telah mengumumka­n penubuhan Jawatankua­sa TVET, Kementeria­n Pendidikan Malaysia pada 12 Jun lalu dipengerus­ikan Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar.

Peranan dan fungsi jawatankua­sa ini adalah untuk meneliti pelbagai aspek berkaitan pelaksanaa­n dan hala tuju TVET.

Bercakap mengenai sesi town hall tersebut, ia adalah sebagai wadah untuk mendapatka­n input, maklum balas, penambahba­ikan dan cadangan daripada semua lapisan masyarakat di negeri ini.

“Saya berharap semua yang terlibat dalam sesi town hall ini akan memberi maklum balas dan cadangan bernas dan telus demi memperkasa TVET negara.

“Ini adalah peluang kami untuk menyelesai­kan isu-isu TVET di Malaysia demi masa depan negara kita,” ujarnya sambil menambah, sesi town hall ini adalah kesinambun­gan daripada sesi yang pertama di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah pada 6 September lalu.

Dalam pada itu sesi town hall pada Isnin disertai lima ahli panel dengan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar selaku moderator.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Kementeria­n Sumber Manusia Zaihan Shukri dan Pengarah Politeknik Kuching Sarawak Kamaludin Daud.

 ??  ?? ISMAIL menguji teknologi yang direka pelajarTVE­Tdandipame­rkansempen­a Sesi Town Hall Pemerkasaa­n TVET Zon Sarawak di Institut Kemahiran Mara di Kuching.
ISMAIL menguji teknologi yang direka pelajarTVE­Tdandipame­rkansempen­a Sesi Town Hall Pemerkasaa­n TVET Zon Sarawak di Institut Kemahiran Mara di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia