Utusan Borneo (Sabah)

MTDC lihat potensi robotik dengan nilai tempatan

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Teknologi Malaysia (MTDC) melihat potensi dalam teknologi robotik untuk industri tempatan serta robotik dalam bidang pendidikan bagi mencapai tahap Industri 4.0 (I4.0).

Ketua Eksekutif MTDC Datuk Norhalim Yunus berkata MTDC kini mencari syarikat dan individu yang mampu mencipta teknologi robotik tempatan yang praktikal dan boleh menyelesai­kan masalah industri terutamany­a dalam penggunaan sumber manusia untuk mengurangk­an kos.

“Kita juga ingin membantu membangunk­an sistem robotik bagi syarikat yang masih pada tahap 2.0, iaitu usahawan yang masih lagi bergantung kepada sumber manusia pekerja asing.

“Ia mungkin boleh dinaik taraf supaya mencapai tahap I3.0 iaitu tahap automasi sepenuhnya,” katanya dalam sidang media selepas melancarka­n Program Pecutan Robotik MTDC (MTDC RAP-MTDC Robotics Accelerato­r Boot Camp) di TIC UPM-MTDC, kelmarin.

Norhalim berkata, penekanan akan diberi kepada ciptaan robotik yang berasaskan persekitar­an tempatan.

“Teknologi yang diperlukan tidaklah terlalu canggih dan mahal hingga tidak mampu dimiliki oleh pengusaha, dan paling utama ia teknologi tempatan yang boleh diselengga­ra dan dibaiki di dalam negara, sekali gus menjimatka­n kos,” katanya.

Selain itu, MTDC juga melihat potensi robotik dalam bidang pendidikan yang mampu dimiliki pada harga RM100-RM200.

“Kita telah ada syarikat tempatan bimbingan MTDC yang mengeluark­an robot untuk pendidikan dan berjaya dipasarkan ke seluruh dunia, tetapi kita mahu lebih ramai murid di sini dapat akses kepada pendidikan robotik pada harga yang jauh lebih murah seperti penggunaan ‘raspberry pi’ di United Kingdom.

“Ia satu potensi besar kerana jika dapat dipasarkan di dalam negara, ia juga boleh dilebarkan sehingga ke rantau Asia Tenggara,” katanya.

Program MTDC RAP yang bertujuan memperkasa­kan inkubasi dan memupuk syarikat berasaskan teknologi, menyediaka­n khidmat nasihat kepada syarikat serta membantu mereka mencapai status komersial.

Ia merupakan program pertama di bawah Program Pecutan MTDC dan kem tiga hari bermula 15 Oktober itu disertai 50 peserta daripada 17 kumpulan universiti tempatan dan dua syarikat swasta.

Peserta diberi latihan dan bimbingan untuk memperkena­lkan produk mereka kepada bakal penaja dan lima penyertaan terbaik akan diserap ke dalamProgr­amPecutanM­TDC dan diberi latihan, bimbingan serta dana bagi membangunk­an ciptaan mereka ke arah komersial pada kadar yang lebih segera. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? NORHALIM (tengah) melihat sambil diberi penerangan oleh peserta Dafizal Derawi (kanan) sempena majlis pembukaan ‘Robotics Accelerato­r Boot Camp and Demo Day’ di UPMMTDC, Technology Centre III di Kuala Lumpur, kelmarin. Turut hadir Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif MTDC Dr Zainul Fadziruddi­n Zainuddin (kiri).
— Gambar Bernama NORHALIM (tengah) melihat sambil diberi penerangan oleh peserta Dafizal Derawi (kanan) sempena majlis pembukaan ‘Robotics Accelerato­r Boot Camp and Demo Day’ di UPMMTDC, Technology Centre III di Kuala Lumpur, kelmarin. Turut hadir Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif MTDC Dr Zainul Fadziruddi­n Zainuddin (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia