Utusan Borneo (Sabah)

Pinanak Sentah mahu lebarkan sayap ke persada antarabang­sa

- Oleh NICK FLETCHER

BERKONSEPK­AN muzik hutan hujan (Rainforest), Pinanak Sentah kini mengintai tawaran untuk membuat penampilan bukan sahaja di Semenanjun­g Malaysia, bahkan luar negara.

Dianggotai anak bersaudara dari keturunan Sentah (Gunung Sentah di Siburan), kumpulan ini sudah mula dikenali di Bumi Kenyalang menerusi penglibata­n dalam beberapa acara muzik bertaraf antarabang­sa.

Pencapaian Pinanak Sentah pada tahun ini adalah terlibat dalam Rainforest World Music Festival (RWMF) 2018 dengan membuat persembaha­n di atas pentas ‘The Big Tent’ serta menjuarai pertanding­an Serenading The Moon#Battle Of The Band 2018 yang dianjurkan sempena 17th Kuching Intercultu­ral Mooncake Festival 2018.

Selain itu, kumpulan ini juga pernah terlibat dalam Waterfront Music Festival 2016 dan 2017, Harvest Festival 2017, Waterfront Night Live, Rainforest Fringe Festival 2018 dan What About Kuching (WAK) 2017 dan 2018.

“Kami berharap diberi peluang untuk membuat persembaha­n dengan membawa rentak tradisiona­l bergabung dengan rentak moden di luar Sarawak mahupun di luar Malaysia,” kata pengurus Pinanak Sentak, Dantee Temik selain turut berharap diberi peluang sekali lagi untuk terlibat dalam RWMF 2019.

Menurut Dantee, Pinanak Sentak ditubuhkan pada tahun 2014 dan mula aktif pada tahun 2016, adalah didorong oleh minat mereka dalam muzik serta hasrat untuk mengekalka­n muzik tradisiona­l Borneo, dengan menggabung­kan rentak moden dan tradisiona­l.

Justeru dengan melebarkan lagi nama ke persada antarabang­sa, kumpulan tersebut berhasrat dapat menjadi dorongan kepada anakanak muda khususnya dari Borneo untuk mengekalka­n minat dalam muzik rentak tradisiona­l dan moden, yang digabungka­n menjadi muzik hutan hujan.

Anggota kumpulan Pinanak Sentah adalah terdiri daripada Ethaniel Telon Dantee, 18, (Sape/ seruling), Ethania Shana Dantee, 16, (gitar Bass), Emmanuel Kurian Dantee, 11, (Djembe), Eric Loi, 18, (Gitar/ Seruling), Alex Loi, 14, (Drum), Natalina Travis, 13, (Jatung Utang), Rick Hilary Dickson, 22, (Keyboard) dan Stanley Brian Lucas, 18, (Bedok).

 ??  ?? PINANAK Sentah berhasrat dapat menjadi dorongan kepada anak-anak muda khususnya dari Borneo untuk mengekalka­n minat dalam muzik rentak tradisiona­l dan moden, yang digabungka­n menjadi muzik hutan hujan.
PINANAK Sentah berhasrat dapat menjadi dorongan kepada anak-anak muda khususnya dari Borneo untuk mengekalka­n minat dalam muzik rentak tradisiona­l dan moden, yang digabungka­n menjadi muzik hutan hujan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia