Utusan Borneo (Sabah)

Hukuman mati bukan pencegahan berkesan

Penjelasan Liew mengenai justifikas­i cadangan mansuhkan hukuman mati

-

KUALA LUMPUR: Hukuman mati yang dikenakan ke atas pesalah di negara ini dilihat bukan pencegahan yang berkesan dalam mengurangk­an kadar jenayah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata ia merupakan antara hasil kajian berhubung hukuman mati dijalankan oleh I-CeLLS, satu organisasi di bawah naungan Jabatan Peguam Negara, yang turut melibatkan pakar terulung dunia dari University of Oxford, Profesor Roger Hood sebagai perunding kajian berkenaan.

Beliau berkata kajian itu juga mendapati hukuman mati tidak boleh diperbaiki atau dipulihkan selepas hukuman itu dijalankan menyebabka­n terdapatny­a risiko hukuman dilaksanak­an terhadap individu yang tidak bersalah.

“Di Malaysia, terdapat kes di mana orang yang dituduh disabitkan dengan kesalahan bunuh berdasarka­n keterangan palsu yang diberikan saksi utama. Walaupun sabitan terhadap tertuduh diketepika­n kerana keterangan palsu tersebut, kes ini menunjukka­n orang yang tidak bersalah boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati,” katanya pada Waktu Pertanyaan­Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ir Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mengenai justifikas­i kerajaan dalam cadangan memansuhka­n hukuman mati serta adakah kajian terperinci dilakukan terhadap cadangan tersebut.

Liew berkata pemansuhan hukuman mati itu juga sebagai satu usaha Malaysia untuk mematuhi norma hak asasi manusia antarabang­sa.

Menjawab soalan tambahan Wee yang menyatakan mengapa kerajaan tergesages­a ingin memansuhka­n hukuman mati yang menjadi langkah pencegahan kepada jenayah berat, Liew sekali lagi menegaskan ia tidak begitu berkesan.

“Dalam sebegitu banyak kes dadah yang telah dibawa ke mahkamah, ia (hukuman mati) tidak berkesan kerana ada banyak lagi pengedar dadah melakukan kesalahan,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau berkata pemansuhan hukuman mati tidak akan sewenang-wenangnya membebaska­n mereka yang didapati bersalah kerana pesalah masih perlu menjalani hukuman penjara yang setimpal.- Bernama

“Di Malaysia, terdapat kes di mana orang yang dituduh disabitkan dengan kesalahan bunuh berdasarka­n keterangan palsu yang diberikan saksi utama. Walaupun sabitan terhadap tertuduh diketepika­n kerana keterangan palsu tersebut, kes ini menunjukka­n orang yang tidak bersalah boleh dikenakan hukuman ” gantung sampai mati. DATUK LIEW VUI KEONG Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia