Utusan Borneo (Sabah)

Polis Nicaragua tangkap 20 penunjuk perasaan

Guna belantan, bom tangan pegun lerai perhimpuna­n menentang kerajaan pimpinan Ortega

-

MANAGUA: Kira-kira 20 penunjukpe­rasaandita­ngkap kelmarin ketika polis Nicaragua menyerbu untuk meleraikan penunjuk perasaan yang berkumpul untuk satu perarakan menentang kerajaan pimpinan Presiden Daniel Ortega.

Anggota polis bersenjata­kan belantan dan melontar bom tangan pegun untuk meleraikan penunjuk perasaan yang berkumpul di sebuah tempat letak kereta di pusat beli-belah, memukul lelaki, wanita dan juga orang tua.

Mereka yang ditahan telah diheret di atas jalan raya dan kemudian diarahkan masuk ke dalam kenderaan polis peronda.

Beberapag wartawan turut dipukul dan ditahan sekejap, menurut wartawan bebas tempatan.

“Mereka tidak menghormat­i sesiapa, malah orang yang lebih tua atau kanak-kanak,” kata Azhalea Solis, ketua Perikatan Sivik, sebuah kumpulan penaung yang mewakili golongan peniaga, pelajar dan kumpulan sosial.

Serta terdapat kemarahan dari Pertubuhan NegeriNege­ri Amerika (OAS) dan presiden negara jiran Costa Rica.

“Kami menuntut kerajaan Nicaragua membebaska­n pe-nunjuk perasaan yang ditahan, agar ia meghormati hak bagi bantahan secara aman di seluruh negara, dan berhenti menindas dan semua tindakan kasar terhadap ketua politik dan orang awam,” ketua OAS Luis Almagro menulis dalam Twitter.

“Berasa sangat bimbang dengan penahanan pada pagi ini di Nicaragua. Penindasan yang dialami oleh rakyat Nicaragua harus dihentikan,” Presiden Costa Rica Carlos Alvarado menyatakan dalam Twitter.

Pihak polis sebelum itu mengumumka­n bahawa mereka tidak membenarka­n sebarang tunjuk perasaan yang tidak dibenarkan.

Ratusan anggota polis pencegah rusuhan telah dikerahkan pada awal pagi di beberapa kawasan utama di ibu negara Managua termasuk di lebuh raya hingga ke bandar terpencil Masaya.

Penyokong kerajaan telah mengambil-alih bulatan di bandar di mana penunjuk perasaan merancang untuk berkumpul.

Tunjuk perasaan antikeraja­an bermula pada 18 April, pada mulanya membantah perubahan dalam sistem keselamata­n sosial.

Sejak itu tunjuk perasaan telah berkembang dan penunjuk perasaan menyeru peletakan jawatan Ortega dan isterinya serta naib presiden Rosario Murillo. — AFP

 ??  ??
 ?? Reuters Gambar ?? KACAU-BILAU: Polis bergelut dengan penunjuk perasaan ketika bantahan di Managua, Nicaragua kelmarin. —
Reuters Gambar KACAU-BILAU: Polis bergelut dengan penunjuk perasaan ketika bantahan di Managua, Nicaragua kelmarin. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia