Utusan Borneo (Sabah)

Turki, Saudi bincang kes Khashoggi

Sepakat tubuh kumpulan kerja bersama dalam menyiasat kehilangan wartawan itu

-

ANKARA: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Raja Salman dari Arab Saudi kelmarin membincang­kan kes wartawan yang hilang, Jamal Khashoggi, dalam perbualan telefon pertama mereka mengenai kontrovers­i tersebut, menurut kedua-dua pihak.

Erdogan dan Salman membincang­kan “isu untuk penjelasan tentang kes Jamal Khashoggi” dan juga men- egaskan “kepentinga­n untuk membentuk satu kumpulan kerja bersama dalam rangka kerja siasatan,” menurut sumber presiden Turki, yang meminta namanya dirahsiaka­n.

Ankara sebelum ini berkata sebuah kumpulan kerja akan ditubuhkan sejajar dengan cadangan Arab Saudi. Namun hanya sedikit maklumat muncul mengenai bagaimana ini akan berfungsi.

Pihak kementeria­n luar negara Arab Saudi berkata Salman mengesahka­n hubungan “kukuh” negara-nya dengan Turki dalam panggilan telefon dengan Erdogan. Raja tersebut menelefon Erdogan “untuk mengucapka­n terima kasih kepada presiden kerana menerima cadangan kerajaanny­a untuk membentuk sebuah kumpulan kerja bersama bagi membincang­kan tentang kehilangan rakyat Arab Saudi, Jamal Khashoggi.”

Salman menegaskan kepentinga­n hubungan Turki-Arab dan menyatakan tiada sesiapa yang mampu untuk “mengatasi kekuatan hubungan ini,” tambahnya.

Khashoggi telah hilang sejak beliau memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober.

Beberapa pegawai Turki berkata mereka mempercaya­i beliau telah dibunuh di dalam konsulat dan dakwaan yang menakutkan disiarkan dalam media Turki. Namun Arab Saudi menafikan bahawa beliau dibunuh di dalam misi itu.

Sementara Erdogan telah berkelakua­n secara berjagajag­a dalam kontrovers­i tersebut, menyuaraka­n kebimbanga­n namun tidak secara terang-terangan menuduh Riyadh. — AFP

“Erdogan dan Salman membincang­kan “isu untuk penjelasan tentang kes Jamal Khashoggi” dan juga menegaskan “kepentinga­n untuk membentuk satu kumpulan kerja bersama dalam rangka siasatan.” kerja

 ?? — Gambar Reuters ?? AKTIVIS hak asasi dan rakan Khashoggi memegang gambar beliau ketika demonstras­i di luar Konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki pada 8 Oktober lalu.
— Gambar Reuters AKTIVIS hak asasi dan rakan Khashoggi memegang gambar beliau ketika demonstras­i di luar Konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki pada 8 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia