Utusan Borneo (Sabah)

Cuba selar tindakan AS tingkatkan ketegangan menjelang undian sekatan

-

HAVANA: Cuba pada Ahad menyelar tindakan Amerika Syarikat (AS) sengaja meningkatk­an permusuhan, dua minggu sebelum Perhimpuna­n Agung Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) mengundi resolusi tidak terikat, mengenai menamatkan sekatan hampir enam dekad terhadap negara Caribbean itu.

Beberapabu­lankebelak­a-ngan ini, Washington menambahka­n lagi retorik permusuhan dengan mewujudkan ketegangan dua hala yang lebih besar, kata pengarah urusan hal ehwal AS di Kementeria­n Luar Cuba, Carlos Fernandez de Cossio dalam satu kenyataan.

“Jauh sekali untuk berbincang mengenai asas saling menghormat­i...sebaliknya AS melancarka­n tuduhan palsu dan kempen fitnah,” jelas kenyataan itu lapor agensi berita Xinhua.

Washington juga dilihat terus “menipu” dengan tuduhan palsu terhadap Havana seperti insiden kesihatan yang berlaku ke atas kakitangan diplomatik AS berpangkal­an di Cuba.

Berdasarka­n beberapa laporan media pada Ogos 2017, mengatakan diplomat AS dan Kanada di Havana diserang sakit misteri pada akhir 2016.

AS menuduh Cuba melakukan serangan itu, bagaimanap­un selepas beberapa bulan siasatan oleh agensi keselamata­n kedua-dua negara menunjukka­n, serangan yang dikatakan tersebut tidak pernah berlaku.

Fernandez de Cossio berkata, Rumah Putih walau apa cara sekalipun tetap mempertaha­nkan sekatan ekonomi sepihak ke atas Cuba, satu dasar yang ditolak komuniti antarabang­sa di PBB.

Pada 31 Oktober, Havana akan hadir untuk kali ke-27 berturut-turut ke Perhimpuna­n Agung PBB, membentang­kan resolusi menentang dasar sekatan sepihak.

Tahun lepas, hanya AS dan Israel menentang resolusi itu, manakala 191 negara lagi mengecam dasar Washington yang sudah ketinggala­n zaman terhadap negara Carib-bean. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia