Utusan Borneo (Sabah)

Sokongan terhadap Macri menurun sejak Disember 2017

-

BUENOS AIRES: Sokongan terhadap Presiden Argentina, Mauricio Macri jatuh kepada 20 mata peratusan sejak Disember lalu, terutama sokongan daripada golongan kelas pertengaha­n.

Penurunan itu disebabkan isu kenaikan harga gas yang mana pengguna perlu membayar jutaan dolar untuk gas telah digunakan antara April hingga September tahun ini.

Di samping itu, pemoto-ngan subsidi, pemberhent­i-an pekerja dan penurunan nilai peso antara faktor mengundang kemarahan rakyat.

Menurut Pengarah Syarikat Isonomia Consultor, Pablo Knopoff sokongan daripada masyarakat kelas pertengaha­n terhadap Macri turun dari 60 hingga 40 mata peratusan.

Knopoff berkata golongan pertengaha­n antara pa-ling terkesan akibat inflasi kerana golongan itu paling sedikit menerima manfaat sosial.

Sementara pengarah firma perundinga­n Aresco, Fe-derico Aurelio berkata, penurunan sokongan didapati bermula sejak akhir Disember 2017, selepas Presiden Argentina itu memperke-nalkan pembaharua­n faedah pencen.

Ketika itu kerajaan meluluskan pemotongan US$4 juta untuk dana persaraan Argentina, mencetuska­n bantahan besar-besaran, selain menyaksika­n lebih 140 penunjuk perasaan cedera.

Lebih menarik lagi, peng-analisis politik Marcos Novaro berkata kekurangan sokongan kerana rakyat sudah hilang harapan ke atas parti pimpinan Macri yang ditubuhkan pada 2015.

Macri dan parti sayap kanan Cambiemos dikatakan tidak mempunyai ideologi atau penyokong kuat.

“Hanya terdapat segelintir yang percaya kepada Macri, itu mungkin tidak membimbang­kannya kerana beliau memperoleh­i kuasa tanpa pengalaman politik dan tidak mengharapk­annya,” kata-nya. — Bernama

 ??  ?? MACRI
MACRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia