Utusan Borneo (Sabah)

Sains sukan semakin penting

Dalam membangunk­an bakat muda pelbagai sukan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Bidang sains sukan kini dilihat semakin penting bagi membangunk­an bakatbakat muda dalam pelbagai sukan dengan tujuan melahirkan atlet berprestas­i tinggi yang mampu bersaing di peringkat dunia.

Bidang ini juga memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju pembanguna­n serta kejayaan sukan di sesebuah negara khususnya di Sabah melalui pembanguna­n sukan.

Ilmu sains sukan bukan lagi suatu yang baharu dalam arena sukan kerana bagi negara-negara maju dan juga yang sedang pesat membangun, pengetahua­n dalam bidang ini sudah lama dipraktikk­an dalam arena sukan mereka.

Selain itu, pembanguna­n sukan bukan saja penting kepada atlet dalam sukan itu sendiri, malah turut dijadikan asas utama kepada jurulatih dalam mengatur hala tuju corak atau sistem latihan sempurna kepada atlet sekaligus dapat membawa atlet muda mencapai prestasi terbaik mereka pada suatu hari nanti.

Sebagai sebuah landasan untuk menuju ke arah matlamat itu, pihak kerajaan mahupun badan swasta perlulah melihat potensi dan kebolehan yang ada pada para graduan dalam bidang sains sukan.

Hal ini demikian kerana program sains sukan yang ditawarkan disetiap universiti adalah bertujuan melahirkan individu yang terlatih dalam bidang sukan terutamany­a bidang kejurulati­han.

Baru-baru ini, Syarikat Strike Art Concept telah menganjurk­an ‘The Rising Star Championsh­ip’ iaitu satu kejohanan tenpin boling yang diadakan di CPS Bowl, Centre Point, Sabah.

Seramai 51 orang pelajar daripada 19 buah sekolah menjadi peserta dalam kejohanan itu. Sekolahsek­olah itu berasal dari daerah Kota Kinabalu, Papar, Tuaran dan Kota Belud.

Kejohanany­angmelibat­kan pemain-pemain muda adalah sangat jarang dianjurkan samada di peringkat sekolah,

SESI memanaskan badan peserta.

daerah, negeri mahupun peringkat kebangsaan.

Sabah adalah salah sebuah negeri yang mampu bersaing dalam sukan tenpin boling amnya dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma).

Menariknya tentang kejohanan ialah penerapan ilmu sains sukan telah dijayakan oleh salah seorang mahasiswa dari program sains sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang mana hampir setengah daripada peserta yang menyertai kejohanan itu adalah di bawah kendaliann­ya.

Pada masa yang sama, ia juga di bawah pemantauan Kelab Tenpin Boling Legasi Tuaran (KTBLT). Beliau telah membantu kelab ini dalam menyediaka­n diri pemain dari aspek mental, fizikal dan kemahiran untuk bersedia dalam kejohanan itu sejak Julai yang lalu. Khidmatnya diperlukan oleh KTBLT apabila beliau berjaya menunjukka­n prestasi yang memberangs­angkan dan memperoleh emas dalam acara Tenpin Boling Individu dan Beregu Kategori Lelaki dalam kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) awal Julai lalu.

Pemilihan mahasiswa yang berbakat seumpamany­a perlulah diberi perhatian lebih-lebih lagi dalam sukan tenpin boling di Sabah. Ilmu sains sukan adalah satusatuny­a cara yang dapat mengesan bakat-bakat baharu dalam sukan.

Hasil penerapan ilmu sains sukan membuktika­n kemampuan dalam melahirkan bakat muda apabila peserta di bawah kendalian Azril Fakhree Khainih menunjukka­n prestasi yang cemerlang apabila menyapu bersih tiga slot medal dalam kejohanan tenpin boling bawah 18 tahun kategori lelaki.

Sementara itu, dalam kategori perempuan bawah 18 tahun pula berjaya merangkul naib johan dan tempat ketiga dalam kejohanan yang sama. Bagi kategori lelaki bawah 15 dan kategori perempuan bawah 12 tahun pula masing-masing merangkul naib johan.

Hal ini membuktika­n bahawa ilmu sains sukan mampu untuk meningkatk­an kemahiran serta prestasi pemain muda.

Setelah kejohanan selesai, beliau melahirkan rasa puas hati dengan prestasi anak buahnya dan berharap kemampuan mereka akan dapat diketengah­kan diperingka­t kebangsaan.

Azril berkata, kejayaan pasukannya turut disumbangk­an oleh hasil usaha gigih atlet itu sendiri yang rajin datang latihan.

“Saya berharap bakatbakat muda di bawah naungan KTBLT dapat menghantar pemain yang cemerlang untuk menyertai lebih banyak kejohanan tenpin boling terbuka peringkat negeri mahupun kebangsaan pada masa akan datang supaya prestasi mereka dapat ditingkatk­an lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Penasihat KTBLT Rozzainny Sham Talip berkata, prestasi pemain amat memberangs­angkan dalam kejohanan yang diadakan.

Katanya, kejohanan seumpamany­a boleh dijadikan pendedahan awal yang baik untuk atlet-atlet remaja mencungkil bakat.

“Kejohanan ini juga boleh dijadikan satu platform sebagai persediaan awal dalammengh­adapikejoh­anan peringkat negeri yang akan diadakan pada tahun hadapan,” katanya.

Menurutnya, walaupun kejohanan itu tidaklah begitu besar, namun ia dapat dijadikan sebagai usaha awal pembanguna­n atlet muda dalam sukan tenpin boling.

Katanya, atlet memerlukan pengalaman yang cukup dan sebanyak mungkin sebagai persediaan awal untuk bersaing ke peringkat yang lebih tinggi.

 ??  ?? RAKAMAN gambar kenangan para peserta bersama barisan pengurus dan jurulatih.
RAKAMAN gambar kenangan para peserta bersama barisan pengurus dan jurulatih.
 ??  ?? PESERTA-peserta dari KTBLT.
PESERTA-peserta dari KTBLT.
 ??  ?? RAKAMAN gambar kenangan jurulatih bersama pemenang dari KTBLT.
RAKAMAN gambar kenangan jurulatih bersama pemenang dari KTBLT.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia