Utusan Borneo (Sabah)

Aktiviti sukan pupuk personalit­i pelajar

-

KOTA BELUD: Aktiviti sukan mampu melahirkan masyarakat sihat selain memupuk keperibadi­an yang baik kerana disiplin yang ada di dalam satu-satu acara sukan perlu dipatuhi jika mahu menyasarka­n kemenangan.

Menurut Penyelia HEM (Hal Ehwal Murid) merangkap Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n PPD Kota Belud, Jusli Jitol, semangat kesukanan yang diterapkan oleh guru-guru kapada pelajar juga secara tidak langsung membangunk­an rasa percaya diri kepada mereka yang terlibat dalam bidang itu.

Katanya, kualiti kepimpinan pada masa hadapan bergantung sepenuhnya pada gaya hidup anak-anak hari ini, kerana kecerdasan­mindadanke­sihatan tubuh badan amat diperlukan bagi menempuhi masa muka yang lebih mencabar.

“Dalam aktiviti sukan seperti ini juga bakat kepimpinan seseorang itu dapat dilahirkan, bagaimana mereka mengatasi saingan dengan berusaha lebih giat dan terancang, sehingga menjuarai satu-satu acara,” jelasnya.

Jusli berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Padang dan Balapan MSS SK Sembirai kali ke-4 di Kompleks Sukan Butong, pada Khamis.

Turut hadir ialah Guru Besar SK Sembirai, Mudin Mohamad dan Penyelaras Pelaksana, Abd Mazid Ajab dan Pengerusi PIBG SK Sembirai, Ridih Tangoh.

Selain itu tambah Jusli, perkara paling penting dalam sesebuah acara sukan yang dipertandi­ngkan ialah mencungkil bintang sukan yang sudah pasti menaikkan nama sekolah, seterusnya mengharumk­an nama negeri dan negara.

“Salah satu indikator sesebuah sekolah yang cemerlang ialah lahirnya bintang sukan di dalam sekolah tersebut. Saya difahamkan bahawa SK Sembirai melahirkan bintang dalam sukan bolasepak dan hoki. Perkara ini amat membanggak­an kita,” jelasnya.

Sementara itu, Guru Besar SK Sembirai, Mudin Mohamad menjelaska­n, meskipun kejohanan sekolah diadakan selama dua hari, tetapi padang Kompleks Sukan Botung hanya digunakan sehari kerana pada Rabu SK Sembirai mengadakan aktiviti tersebut di SK Sembirai untuk pelajar Tahap 1.

“Kami empat tahun menggunaka­n padang ini untuk sebarang penganjura­n sukan, kerana prasarana di sini lengkap dan kami serta pengguna lain tinggal masuk dan terus membuat aktiviti tanpa sebarang kebimbanga­n.

“Tahun depan juga SK Sembirai akan menjadi tuan rumah bagi temasya sukan tahunan Zon Barat, dan padang ini juga yang bakal kita gunakan. Kita beruntung kerana daerah kita mempunyai kompleks sukan, dan ini memudahkan kita membuat sebarang penganjura­n sukan,” jelasnya.

Dalam kejohanan sukan selama dua hari yang disertai oleh empat rumah sukan itu, Pertanding­an Perbarisan Cantik, Rumah Sukan Terbaik dan persembaha­n tarian turut diadakan bagi menyemarak­kan lagi persaingan antara pelajar sekolah berkenaan.

 ??  ?? JUSLI (tengah) bergambar bersama maskot perbarisan cantik. Turut kelihatan ialah Guru Besar SK Sembirai, Mudin Mohamada (bertopi lebar).
JUSLI (tengah) bergambar bersama maskot perbarisan cantik. Turut kelihatan ialah Guru Besar SK Sembirai, Mudin Mohamada (bertopi lebar).
 ??  ?? JUSLI bertanyaka­n sesuatu kepada peserta barisan cantik.
JUSLI bertanyaka­n sesuatu kepada peserta barisan cantik.
 ??  ?? JUSLI menyampaik­an trofi kepada salah seorang murid yang menjuarai acara sukan yang disertai.
JUSLI menyampaik­an trofi kepada salah seorang murid yang menjuarai acara sukan yang disertai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia