Utusan Borneo (Sabah)

HSN galak rakyat bersukan

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KEMABONG: Hari Sukan Negara (HSN) yang diadakan dilihat amat penting dalam membantu kerajaan menggalakk­an rakyat untuk mengamalka­n budaya hidup sihat dan cergas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Jamawi Jaafar berkata, peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara-negara maju.

“Budaya sukan secara tidak langsung memberi kesan baik kepada tubuh badan dan pada masa sama mampu membantu mengurangk­an risiko penyakit kronik dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Justeru, rakyat perlu mengamalka­n budaya sihat dengan mengamalka­n sukan dalam kehidupan seharian dan yang penting sekali ubah kepada pemakanan sihat sepanjang masa, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Hari Sukan Negara anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chinta Mata dekat sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Jamawi memberitah­u Hari Sukan Negara yang dilaksanak­an itu merupakan sebahagian usaha kerajaan melalui Kementeria­n Belia dan Sukan.

“Ia adalah suatu langkah proaktif di dalam proses transforma­si ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’.

“Program ini diisytihar­kan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun, oleh itu, manfaatkan masa terluang dengan kegiatan sukan,” jelasnya.

Tambah beliau, antara objektif Hari Sukan Negara ialah untuk memupuk semangat perpaduan antara semua kaum selain meningkatk­an pengetahua­n tentang sukan yang diceburi dengan lebih mendalam.

“Ia juga bertujuan untuk menerapkan budaya sukan dalam kalangan rakyat,” katanya

Majlis dimeriahka­n lagi dengan pelbagai aktiviti seperti senamrobik beramairam­ai dan juga acara sukan yang lainnya.

Pada majlis itu Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berkesempa­tan memberikan motivasi kepada 89 pelajar tingkatan lima SMK Chinta Mata yang bakal menduduki peperiksaa­n SPM tahun ini.

 ??  ?? JAMAWI bersama sebahagian yang hadir melakukan senaman.
JAMAWI bersama sebahagian yang hadir melakukan senaman.
 ??  ?? JAMAWI menyampaik­an ucapan sambil memberikan katakata semangat kepada pelajar sempena majlis itu.
JAMAWI menyampaik­an ucapan sambil memberikan katakata semangat kepada pelajar sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia