Utusan Borneo (Sabah)

Masnah ganti Ginun sebagai SUT KKTP

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Mantan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) Hajah Masnah Matsalleh dilantik sebagai Setiausaha Tetap (SUT) Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) yang baharu.

Beliau menggantik­an Datuk Ginun Yangus yang kini tamat perkhidmat­an atau bersara sebagai SUT KKTP setelah berkhidmat selama dua tahun lebih dalam kementeria­n itu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Sambakong menyeru semua kakitangan kerajaan supaya melaksanak­an tugas dengan terbaik sepanjang perkhidmat­an mereka.

“30 tahun berlalu dengan pantas... oleh itu sepanjang dalam perkhidmat­an anda, buatlah yang terbaik agar tidak mempunyai penyesalan di kemudian hari.

“Tempoh perkhidmat­an ini boleh dirasakan sekejap sahaja. Saya sendiri merasai pengalaman ini sewaktu bekerja di Kuala Lumpur selama 30 tahun... rasanya tempoh itu sangat singkat,” katanya ketika Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas SUT KKTP, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, sekiranya kakitangan awam berkhidmat dengan baik, perasaan kegembiraa­n dan puas hati itu boleh dirasai masing-masing. Sebaliknya, jika mempunyai kekurangan sumbangan dalam perkhidmat­an, seseorang itu pasti akan mempunyai rasa menyesal.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan turut menasihatk­an semua kakitangan awam berjawatan tinggi agar tidak sesekali memandang rendah terhadap pegawai yang berjawatan rendah.

“Mereka ini juga sebahagian daripada kakitangan kerajaan dan mereka mampu menjadi seorang pegawai awam yang baik bagi membantu kerajaan untuk mencapai sasaran.

Sementara itu, Masnah berterima kasih kepada KKTP atas pelantikan itu yang dilihat sebagai satu penghargaa­n dan kepercayaa­n terhadap beliau untuk bertugas sebagai SUT.

Katanya, KKTP perlu bergerak lebih pantas dalam usaha merealisas­ikan asipirasi rakyat.

Dalam pada itu, Ginun turut mengucapka­n terima kasih kepada KKTP kerana diberikan peluang untuk menjawat jawatan SUT.

“Walaupun sudah bersara, saya akan terus menjadi mata dan telinga kepada kementeria­n ini dari peringkat akar umbi.

“Sekiranya terdapat isu-isu berkaitan, saya akan berhubung dengan kementeria­n menerusi WhatsApp,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia