Utusan Borneo (Sabah)

Seri Ar-Raudhah anjur program peningkata­n kualiti

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Sekolah Rendah Islam (Seri) Ar-Raudhah telah berjaya menganjurk­an sebuah program peningkata­n kualiti pentadbira­n sekolah dengan menghimpun­kan sejumlah tenaga penggerak sekolah termasuk guru, staf dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah sekolah serta PIBG pada Ahad.

Program yang bertujuan menjelaska­n halatuju serta misi dan visi baharu Seri Ar-Raudhah itu telah diadakan di Surau AlKauthar di sekolah itu di sini.

Pengerusi Pertubuhan Pembanguna­n Pendidikan Islam Negeri Sabah (PISA) Ustaz Mohd Anuar Ali yang merupakan penaung sekolah telah menyampaik­an ucaptama dengan memberi peringatan kepada penggerak sekolah untuk ikhlas dan istiqamah dengan jihad pendidikan itu.

Beliau mengharapk­an agar sekolah yang merupakan kesinambun­gan daripada penubuhan Seri Al-Hafidz yang berpusat di Kota Kinabalu itu dapat berkembang maju seiring dengan hasrat masyarakat Sandakan yang dahagakan pendidikan al-Quran dan akademik secara bersepadu.

Sementarai­tu,PengerusiA­hli Lembaga Pemegang Amanah Seri Ar-Raudhah Ahdin Singky dalam ucapan pendahulua­nnya telah melancarka­n visi dan misi sekolah yang baharu.

Menurut beliau, visi baharu iaitu ‘menggunggu­li sistem pendidikan rendah Islam Pro Huffaz terbaik di Sabah menjelang tahun 2025’ akan memacu Seri Ar-Raudhah ke satu tahap yang cemerlang pada masa akan datang di samping tiga misi yang juga disusun semula.

Beliau turut menjelaska­n mengenai kaedah mendapatka­n dana bagi pembelian bangunan sekolah.

Katanya, melalui gerak kerja mencari dana yang tersusun, pihak sekolah menyasarka­n untuk mengumpulk­an sumbangan sebanyak RM4 juta bagi mencapai hasrat membeli premis yang terletak di Taman Anggerik Perdana itu.

“Besarlah harapan kami sekiranya ada pihak yang ingin memberikan derma dan menyokong hasrat serta membantu usaha pembelian bangunan sekolah milik ummah ini.

“Pihak yang ingin menyumbang bolehlah salurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 5101611226­65 atas nama Sekolah Rendah Islam Ar Raudhah,” katanya.

Program yang dianjurkan dalam suasana penuh ukhuwah ituturutdi­hadirioleh­MudirSeri Ar-Raudhah Ustaz Bunyamin Bakri, Yang Dipertua PIBG Seri Ar-Raudhah Ustaz Hatta Yunus @Sawabi dan Naib Yang Dipertua PIBG Seri Ar-Raudhah Ustaz Ajwadi Ahmad.

 ??  ?? TENAGA penggerak Seri Ar-Raudhah yang menyertai program peningkata­n kualiti pentadbira­n sekolah.
TENAGA penggerak Seri Ar-Raudhah yang menyertai program peningkata­n kualiti pentadbira­n sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia