Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 50 bersihkan jalan Kg Tanjung Aru Nelayan

-

LEBIH 50 penduduk Kampung Tanjung Aru Nelayan, Labuan termasuk 10 anggota Batalion ke-5 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) menyertai gotong-royong membersihk­an jalan raya Kampung Tanjung Aru Nelayan sepanjang 1.5 kilometer. Program yang bermula jam 7 pagi itu dianjurkan oleh Kumpulan Anak Jati dan Komuniti Tanjung Aru Nelayan dengan kerjasama Batalion ke-5 RAMD Kem Fairyland Durian Tunjong.

Pengerusi Kumpulan Anak Jati dan Komuniti Tanjung Aru Nelayan Nilam Abdul Wahid berkata gotong-royong itu bertujuan memastikan kawasan perkampung­an Tanjung Aru Nelayan sentiasa bersih, indah, cantik dan menarik.

“Aktiviti ini adalah antara pendekatan terbaik untuk mendidik masyarakat khususnya golongan belia setempat supaya sentiasa menjaga kebersihan di samping dapat melahirkan masyarakat yang sihat dan ceria,” katanya.

Beliau yang juga pengerusi penganjur turut mengucapka­n terima kasih kepada 10 anggota RAMD yang diketuai oleh Sarjan Tuan Muhammad Fazli Tuan Ibrahim dan Sarjan Mohd Fisol Mohd kerana menjayakan program itu.

Nilam berkata sebelum ini RAMD Kem Fairyland juga pernah bersama-sama penduduk Kg Tanjung Aru Nelayan memeriahka­n sambutan Hari Kebangsaan peringkat kampung itu dengan mengadakan persembaha­n perarakan pancaragam tentera.

Pada majlis itu, Muhammad dan Mohd Fisol telah diberi penghormat­an untuk menanam pokok kelapa matag sebagai tanda kenangan penglibata­n RAMD Kem Fairyland dalam menjayakan aktiviti itu.

 ??  ?? NILAM menyaksika­n Muhammad menanam pokok kelapa sebagai tanda penghargaa­n penglibata­n anggota RAMD.
NILAM menyaksika­n Muhammad menanam pokok kelapa sebagai tanda penghargaa­n penglibata­n anggota RAMD.
 ??  ?? KAUM wanita Tanjung Aru Nelayan tidak ketinggala­n menyertai gotong-royong itu.
KAUM wanita Tanjung Aru Nelayan tidak ketinggala­n menyertai gotong-royong itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia