Utusan Borneo (Sabah)

457 calon jayakan Seminar Power Sejarah SPM di Tawau

-

SERAMAI 457 calon SPM 2018 telah mengikuti Seminar Power Sejarah SPM yang diadakan dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari di Auditorium Perpustaka­an Tawau, Sabah.

Program yang ditaja oleh Int3tree Team Tawau itu bagi membantu calon-calon SPM sebagai persediaan menghadapi peperiksaa­n berkenaan yang akan diadakan pada November depan.

Sasaran awal penyertaan adalah hanya 400 calon mengikut kapasiti dewan. Namin ia mendapat sambutan menggalakk­an dengan kehadiran seramai 457 calon SPM dari seluruh Tawau dan Semporna, memandangk­an ia adalah persediaan akhir pelajar sebelum menduduki peperiksaa­n SPM.

Antara pengisian program ialah pendedahan kepada kemahiran belajar dan kemahiran menjawab soalan SPM termasukla­h soalan KBAT yang disampaika­n oleh Guru Cemerlang Sejarah SPM Sekolah Berprestas­i Tinggi (SBT) SM Sains Labuan Samsuri Amin.

Pendedahan kemahiran belajar dan mengingat dengan mudah telah memberi impak kepada pembelajar­an bagi mata pelajaran Sejarah terhadap peserta seminar.

Sementara itu, pelajar SMK Jalan Apas, Zulfah Khairunnis­a Said berkata melalui seminar itu pelbagai kaedah mengingat fakta sejarah telah diajar dan dapat diaplikasi­kan dalam pembelajar­an serta diharapkan agar dapat membantu meningkatk­an prestasi subjek itu dalam SPM nanti.

Teknik menjawab yang betul dan berkesan dapat membantu meningkatk­an gred pelajar dari SMK Titingan Tawau, Norasyikin Zainal dalam SPM nanti.

Menurutnya, seminar itu telah membantu beliau menguasai teknik menjawab yang betul bagi mendapat markah yang baik dalam subjek Sejarah SPM nanti.

Harapannya agar program seperti itu diteruskan pada masa-masa akan datang bagi membantu calon-calon SPM menghadapi peperiksaa­n sebenar.

 ??  ?? SAMSURI berkongsi pengalaman subjek Sejarah bersama calon SPM di Tawau.
SAMSURI berkongsi pengalaman subjek Sejarah bersama calon SPM di Tawau.
 ??  ?? CALON SPM mengikuti aktiviti sempena Seminar Power Sejarah SPM Auditorium Perpustaka­an Tawau.
CALON SPM mengikuti aktiviti sempena Seminar Power Sejarah SPM Auditorium Perpustaka­an Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia