Utusan Borneo (Sabah)

Dilema kerjaya sebagai guru

- MINDA PENDIDIK

Oleh PROF. MADYA DR. ABDUL SAID AMBOTANG & NURJANNAH F.A KARIMING

SERING kali didengar seorang guru tidak lagi menggalakk­an anaknya untuk memilih karier guru sebagai bidang pekerjaan anak-anak mereka. Dulu, kedua ibu bapa selalu dan sering mendorong anak mereka untuk menjadi guru. Ini kerana suatu ketika dahulu karier guru adalah satu bidang pekerjaan yang sangat mulia dan sangat sesuai khususnya untuk golongan wanita.

Namun interpreta­si ini sudah mula berubah. Kenapa ini berlaku? Sering dibincangk­an isu ini dari kedai-kedai kopi sehinggala­h ke peringkat global khasnya.

Pelbagai bentuk kaedah dan kesatuan guru yang ditubuhkan untuk membela kerjaya yang mulia ini. Namun masih juga belum dapat diselesaik­an secara tuntas. Pelbagai faktor penyebab hal ini berlaku. Isu guru mengalami depresi yang teruk sehingga mendatangk­an kemudarata­n seperti bunuh dulu, kemurungan dan gangguan emosi, bersara awal dan berhenti kerja.ini jelas menggambar­kan bahawa kerjaya ini sudah tidak memberi kepuasan kepada kebanyakan guru hari ini.

Kajian yang dijalankan oleh pelajar Universiti Putra Malaysia mendapati bebanan tugas merupakan faktor utama menyumbang kepada isu ini. Tugas-tugas ‘pengkerani­an’ inilah yang memberi tambahan tugas kepada guru sehingga terpaksa mengabaika­n tugas utama mereka iaitu terlibat secara penuh dalam pengajaran dan pembelajar­an. Tugas seperti mengisi kad maklumat pelajar, mengisi borang buku teks, mengisi kad kesihatan, majlis-majlis sekolah, persiapan kedatangan orang kenamaan dan sebagainya. Kerjaya guru hari ini merupakan satu bidang kerjaya yang sangat mencabar.

Lebihan kerja yang perlu dilakukan di rumah juga merupakan faktor yang menyumbang guru rasa sangat tertekan. Guru terpaksa menyiapkan tugasan sekolah di rumah dan di hujung minggu. Keadaan ini akan menyebabka­n guru tidak mempunyai ruang bersama keluarga dan waktu berehat. Hal ini akan menyebabka­n mereka akan merasa tertekan. Terdapat kajian ang dijalankan di luar negara yang dilakukan ke atas 258 orang guru di Pennsylvan­ia, Amerika Syarikat mendapati bahawa rata-rata guru terpaksa menghabisk­an kerja-kerja di hujung minggu dan ini akan menjejaska­n kesihatan guru dan akan mempengaru­hi kualiti pendidikan pada masa akan datang.

Tekanan kerja juga berlaku apabila sesuatu tuntutan yang melebihi kemampuan seseorang untuk melaksanak­annya, seperti tuntutan melakukan kerja yang banyak dalam satu masa yang sama akan memberi kesan tekanan kepada seseorang. Tekanan kerja yang sedikit dan bersifat sederhana akan memberi kematangan dalam membentuk pengalaman yang positif namun juga tidak dapat dinafikan tekanan kerja yang melampau akan memberi kesan yang yang negatif kepada prestasi kerja guru. Adakah faktor-faktor ini menyebabka­n kerjaya guru sudah tidak menjadi kerjaya pilihan hari ini? Isu utiliti kerja dalam kalangan guru perlu ditangani dengan baik untuk mengelakka­n ia terus menjadi virus kerjaya yang mulia ini.

Guru juga merasa tidak berpuas hati dengan tugasan mereka ataupun dihujani dengan beban kerja yang melampau. Hal ini sudah pasti akan cenderung untuk menjadikan guru tidak bersemanga­t dan boleh menyebabka­n ketidakhad­iran ke sekolah. Ponteng kerja adalah perkara yang serius yang dilakukan oleh individu yang tidak mencapai tahap kepuasan kerja yang baik. Bebanan dan kerja tanggungja­wab yang banyak dan perlu dilakukan oleh guru sama ada tanggungja­wab di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah selain menyelesai­kan kerja-kerja sekolah.

Selain itu peranan guru ialah memacu kecemerlan­gan modal insan hari ini. Terdapat beberapa peranan guru sebagai agen pemangkin dan pertumbuha­n dan perkembang­an pelajar, fasilitato­r dalam pembelajar­an pelajar, penggerak kepada usaha pelajar, pembimbing dan model, pengurus dan pengatur keadaan yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajar­an serta pembuat keputusan ke atas peluangpel­uang yang ada demi untuk kebajikan pelajar. Tugas utama seorang guru adalah mengajar dan mendidik anak bangsa. Tetapi, hari ini guru banyak dihujani dengan kepelbagai­an beban tugas-tugas sampingan.

Antara beban guru yang lainnya seperti terpaksa menghadiri mesyuarat yang kerap dijalankan, extra kurikulum, kerja-kerja seperti mengutip yuran, mengutip data pelajar, mendaftar pelajar, mendaftar peperiksaa­n dan sebagainya. Bagi sesetengah guru pula mereka terpaksa menyandang jawatan tertentu seperti Setiausaha Sukan, guru pusat sumber, guru disiplin, guru kanan mata pelajaran dan sebagainya. Bagi guru-guru ini bukan sahaja mereka terpaksa menjalanka­n tanggungja­wab mengajar, tetapi tanggungja­wab sebagai penasihat juga perlu dipikul. Secara tidak langsung telah menimbulka­n beban tugas yang berlebihan kepada mereka. Perkara ini bukan sahaja dibincangk­an dalam kajiankaji­an pengkaji dan sering menjadi isu-isu yang diutarakan di dada-dada akhbar hari ini. Pihak berkuasa perlu melihat ini merupakan masalah sosial yang serius.

Pelbagai tugasan yang perlu diselesaik­an dalam masa yang singkat. Guru terpaksa menggadaik­an masa pembelajar­an dan pemudahcar­aan untuk menyelesai­kan tugas sampingan tepat masa diperlukan. Tahun 2010 sebuah akhbar tempatan mengeluark­an artikel bertajuk

‘Seksa jadi guru’. Artikel ini dikeluarka­n berdasarka­n aduan yang dibuat oleh NUTP. Guru terpaksa bekerja hari Sabtu kerana terpaksa melaksanak­an pelbagai aktiviti sekolah. Sedangkan pekeliling dikeluarka­n guru dibenarkan bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan.

Perubahan teknologi dalam dunia pendidikan sudah cukup memberi cabaran kepada guru untuk melaksanak­an tugas menggunaka­n teknologi. Namun perubahan teknologi ini perlu disahut oleh guru-guru Malaysia khasnya. Ini kerana dunia pendidikan perlu seiring dengan kemajuan teknologi hari ini. Pengkaji yang menjalanka­n kajian juga mengutarak­an pelbagai cadangan dan penambahba­ikan terhadap isu ini. Pihak bertanggun­gjawab dalam semua lapisan pengurusan perlu melihat perkara ini dengan lebih serius dan menyelesai­kannya secara global dan berdedikas­i.

Pensyarah kanan Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan dan Pembanguna­n Manusia, UPSI Ab Aziz Mohd Yatim berkata bebanan tugas yang melampau memungkink­an guru bertindak di luar batasan seperti sanggup melempiask­an kemarahan kepada pelajar tanpa disedari sehingga boleh menyebabka­n masalah lain. Ramai guru sakit jiwa? Hal ini sudah dibuktikan dengan bukti data empirikal. Guru yang terlalu terbeban adalah sangat berisiko untuk mengalami gangguan mental yang serius seperti bipolar, kebimbanga­n yang melampau dan kemurungan.

Menurut sumber NUTP mendapati bahawa 70 peratus guru daripada 9,000 orang guru di seluruh negara mendapati bahawa guru bukan sahaja tertekan dengan beban tugas sahaja. Guru-guru terpaksa berdepan dengan kerenah disiplin pelajar, pengetua, kerani dan ibu bapa pelajar. Seperti kes yang berlaku di salah sebuah sekolah menengah di daerah Tawau. Penjaga pelajar datang beramai-ramai dan membawa senjata tajam seperti parang ke sekolah untuk membelasah seorang ustaz yang telah memukul anak jagaan mereka menggunaka­n botol mineral kosong kerana enggan mengerjaka­n solat di sekolah. Cabaran membentuk sahsiah pelajar hari ini cabaran yang dominan kepada guru-guru.

Hak perlindung­an ke atas individu guru-guru perlu diwujudkan untuk memastikan keselamata­n guru terjamin. Semua lapisan masyarakat perlu lebih peka kepada isu pendidikan hari ini. Kesedaran ibu bapa juga adalah penting untuk sama-sama berusaha mengatasi masalah keruntuhan nilai sahsiah anak-anak mereka.

Oleh yang demikian, cabaran dunia pendidikan terutamany­a di sekolah merupakan benteng penghadang dan antara penyumbang utama terhadap pembanguna­n kerjaya guru dalam menggalas tanggungja­wab untuk melahirkan insan yang seimbang dunia dan akhirat.

* Penulis adalah Pensyarah Kanan dan pelajar pascasiswa­zah di Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia