Utusan Borneo (Sabah)

Gunakan kemahiran untuk mencari rezeki

- -Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

PENGARAH Sugar Cake Tinah Minsin suka mengingatk­an kepada semua peserta kursus yang dibimbingn­ya untuk berlatih apabila mereka telah menamatkan kursus yang disertai di Sugar Cake.

“Jangan kita biarkan ilmu dan apa yang diperolehi disimpan dan dilupakan begitu saja.

Katanya, sebaliknya mereka perlu berlatih dan mencuba apa yang dipelajari di rumah.

“Dan kalau boleh tingkatkan lagi pengetahua­n dengan menyertai sebarang kursus jangka pendek yang dianjurkan dan gunakan ilmu yang diperolehi itu untuk mencari rezeki sebenarnya.

“Sebab kita invest masa belajar. Jadi cuba usahakan duit yang kita korbankan untuk belajar itu kita lipat gandakan lagi melalui pengetahua­n yang kita ada,” nasihatnya ketika ditemui selepas majlis perasmian kursus ‘The Art of Dessert’ di premis Sugar Cake Putatan pada Ahad.

Seramai 22 peserta terdiri daripada pelatih GiatMara Papar, usahawan dan lepasan pelatih GiatMara Papar menyertai kursus 3 hari 2 malam berkenaan. Menurut Tina, dia akan amat bersyukur sekiranya ilmu dan kemahiran yang diturunkan kepada pesertapes­erta kursus dapat membantu mereka dalam menjana pendapatan.

“Ianya merupakan satu kepuasan bagi saya. Kerana niat saya ni bukan saja untuk mengajar tetapi adalah ingin membantu,” katanya.

Didaftar pada 1 Jun 2008, Sugar Cake (Bengkel Latihan Sugar) yang beroperasi di Taman Pasir Putih Putatan menyediaka­n khidmat latihan dan kursus kepada suri rumah dalam membekalka­n asas pengetahua­n dalam berkenaan masakan, membuat dan menghias pelbagai jenis kuih muih.

Setakat ini Sugar telah melatih seramai lebih satu ribu orang suri rumah dan wanita berkerjaya dan berjaya melahirkan ramai usahawan dan mempunyai premis membuat dan menjual kuih muih mereka sendiri.

 ??  ?? TINAH (kanan) menyampaik­an cendera hati kepada Mohd Norwawi (dua kiri), sambil disaksikan Mohd Fazal (dua kanan) dan Riswan Basran.
TINAH (kanan) menyampaik­an cendera hati kepada Mohd Norwawi (dua kiri), sambil disaksikan Mohd Fazal (dua kanan) dan Riswan Basran.
 ??  ?? TINAH (dua kanan) menyampaik­an sijil tamat kursus kepada Umi Amirah wakil peserta sambil disaksikan oleh Mohd Norwawi (kiri) dan Mohd Fazal.
TINAH (dua kanan) menyampaik­an sijil tamat kursus kepada Umi Amirah wakil peserta sambil disaksikan oleh Mohd Norwawi (kiri) dan Mohd Fazal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia