Utusan Borneo (Sabah)

Kolaborasi ke arah lahir usahawan berjaya

22 berjaya tamat kursus ‘The Art of Dessert’ anjuran Mara, GiatMara Papar dan Sugar

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

MEMPELAJAR­I

sesuatu yang baharu dapat mempelbaga­ikan lagi produk yang boleh dijadikan modal untuk menjana pendapatan kepada usahawan bumiputera di negeri ini.

Sehubungan itu pada 12 hingga 14 Oktober lalu Pejabat Mara Daerah Papar dengan kolaborasi bersama GiatMara Papar dan Sugar telah menganjurk­an kursus ‘The Art of Dessert’ di premis Sugar Cake Putatan.

Seramai 22 orang peserta terdiri pelatih GiatMara Papar, usahawan dan lepasan pelatih GiatMara Papar telah menyertai kursus berkenaan, di mana peserta telah dibimbing oleh tiga orang tenaga pengajar daripada

Sugar Cake iaitu

Chef Tinah Minsin (Pengarah Sugar Cake), Chef Rafidah Yacob dan Chef Emmalinda Jait.

Dalam kursus ini peserta berpeluang mempelajar­i dua produk yang mempunyai permintaan tinggi pengguna iaitu Rolled Cake dan 3D Flower Jelly.

Objektif kursus adalah untuk membangunk­an komuniti Mara atau komuniti Institut Pengajian Mara (IPMA) dan menambah nilai kemahiran yang sedia ada demi melahirkan usahawan yang berjaya.

Selain itu untuk mendedahka­n peserta dengan kemahiran menghasilk­an produk yang sedang mendapat permintaan tinggi dan memberikan pendedahan kepada dunia perniagaan bakeri yang sebenar. Menurut Pegawai Mara Daerah Papar Julita Mohd Yusof, sepanjang tiga hari, para peserta telah mengikuti kelas Rolled Cake Art, kelas 3D Flower Jelly Art, perkongsia­n kejayaan usahawan berjaya bersama Chef Tinah selaku Pengarah dan pengasas Sugar Cake dan taklimat kemudahan Mara.

“Semoga ilmu yang dipelajari daripada kursus ini dapat dimanfaatk­an sebaiknya oleh peserta dengan menjadikan ianya sebagai modal produk untuk dijual dan mampu bersaing dengan usahawan lain,” tegasnya.

Berucap merasmikan majlis itu Timbalan Pengarah Mara (Pembanguna­n) Negeri Sabah Mohd Norwawi Ibrahim berkata, pembanguna­n usahawan dalam kalangan IPMA ini amat digalakkan bagi meningkatk­an ekonomi usahawan IPMA khusnya usahawan GiatMara Papar.

“Saya lihat kolaborasi antara Mara dan GiatMara Papar ini baik untuk membangunk­an usahawa bumiputera.

Katanya, penganjura­n bengkel sebegini amat baik kerana kursus ini ditawarkan dalam kadar yuran yang agak tinggi jika disertai di luar atau swasta berbanding penganjura­n oleh pihak GiatMara.

“Saya berharap menerusi kursus sebegini akan lebih ramai usahawan bumiputera kalangan IPMA Mara yang berjaya dalam bidang ini,” tegasnya.

Turut hadir ialah, Pengarah GiatMara Negeri Sabah Mohd Fazal Baniamin, dan Pengurus GiatMara Papar Riswan Basran.

Umi Amirah Afiqah Ali Umar, seorang usahawan dari Kampung Benoni Papar merupakan salah seorang peserta kursus berkata, kursus ‘The Art of Dessert’ ini sangat baik untuk usahawanus­ahawan yang baru ingin bermula untuk berniaga dan menceburi bidang bakeri.

“Ini kerana, produk yang dipelajari boleh dijual dan

menjana pendapatan jika ianya dimanfaat dengan sebaiknya,” kata anak ketiga daripada enam beradik ini.

Bekas pelatih GiatMara Papar ini berazam untuk membuka sebuah kedai bakeri di Papar.

Umi Amirah turut menasihatk­an kepada para belia beliawanis agar tidak membuang masa. “Walaupun akademik kita tidak cantik di slip keputusan peperiksaa­n kita, tapi kita boleh menimba kemahiran.

Katanya, kemahiran ini adalah lebih penting dalam kita mendapatka­n pekerjaan mahupun mencuba menjadi sebagai seorang usahawan.

Pandangan yang sama turut disuarakan oleh Ramzu Nasri Zulkarnain, seorang tenaga pengajar GiatMara Papar yang diberi peluang menyertai kursus berkenaan.

Katanya, GiatMara adalah salah satu agensi di bawah Mara yang memberikan latihan secara percuma selama enam hingga 12 bulan dan memberi elaun sebanyak RM200 sebulan.

“Jadi ambillah peluang yang ada sebagai platform untuk meningkatk­an diri dalam bidang kemahiran dan menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan negara kita mempunya ramai tenaga mahir menjelang tahun 2020,” tegasnya.

CHEF Tinah (dari kiri), bersama Mohd Norwawi, Fazal Baniamin, Riswan Basran, Chef Rafidah Yacob dan Chef Emmalinda Jait.

Semoga ilmu yang dipelajari daripada kursus ini dapat dimanfaatk­an sebaiknya oleh peserta dengan menjadikan ianya sebagai modal produk untuk dijual dan mampu bersaing dengan usahawan lain.

JULITA MOHD YUSOF Pegawai Mara Daerah Papar

 ??  ?? PARA peserta kursus ‘The Art of Dessert’ bergambar kenangan bersama tetamu kehormat dan tenaga pengajar. RAMZU NASRI MOHD Norwawi (dua kiri) mencuba 3D Flower Jelly yang dihasilkan oleh peserta kursus.
PARA peserta kursus ‘The Art of Dessert’ bergambar kenangan bersama tetamu kehormat dan tenaga pengajar. RAMZU NASRI MOHD Norwawi (dua kiri) mencuba 3D Flower Jelly yang dihasilkan oleh peserta kursus.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? UMI AMIRAH JULITA Mohd (kiri) menerangka­n kepada Mohd Norwawi, Fazal dan Riswan berhubung pruduk 3D Flower Jelly yang dihasilkan oleh peserta.
UMI AMIRAH JULITA Mohd (kiri) menerangka­n kepada Mohd Norwawi, Fazal dan Riswan berhubung pruduk 3D Flower Jelly yang dihasilkan oleh peserta.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MOHD Norwawi ketika menyampaik­an ucapan perasmian di majlis itu.
MOHD Norwawi ketika menyampaik­an ucapan perasmian di majlis itu.
 ??  ?? PRODUK 3D Flower Jelly yang dihasilkan oleh para peserta.
PRODUK 3D Flower Jelly yang dihasilkan oleh para peserta.
 ??  ?? PARA peserta kursus ‘The Art of Dessert’.
PARA peserta kursus ‘The Art of Dessert’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia