Utusan Borneo (Sabah)

Rumah enam pintu musnah terbakar, tiada kemalangan jiwa dilapor

Tiada kecederaan, kemalangan jiwa dilaporkan

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Sederet rumah jenis kekal enam pintu musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Sukau Estate Melangking Palm Oil, di sini, awal pagi Rabu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ZonSandaka­nAnddreAnd­rew berkata tiada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku dalam insiden itu.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada MERS 999 kira-kira jam 7.10 pagi.

“Sejurus itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabatang­an seramai sembilan orang dengan sebuah jentera FRT Scania dan sebuah van bomba dikerahkan ke lokasi kejadian seminit kemudian dan tiba pada jam 8.08 pagi berikutan jarak lokasi yang jauh iaitu 51

“Pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada MERS 999 kira-kira jam 7.10 pagi. ” ANDDRE ANDREW

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan

kilometer,” katanya.

Anddre berkata sebaik tiba, pihaknya mendapati kebakaran membabitka­n sederet rumah jenis kekal enam pintu berukuran 120x30 kaki yang terbakar 100 peratus.

“Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunaka­n aliran dua pancutan 200 kaki dari pam jentera sehingga api padam sepenuhnya,” katanya.

Katanya operasi pemadaman terkawal pada jam 8.16 pagi dan tamat pada jam 8.30 pagi.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memadam kebakaran di lokasi
kejadian.
ANGGOTA bomba memadam kebakaran di lokasi kejadian.
 ??  ?? RUMAH enam pintu yang terbakar dalam kejadian awal pagi Rabu.
RUMAH enam pintu yang terbakar dalam kejadian awal pagi Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia