Utusan Borneo (Sabah)

Kawasan utara Sabah mohon Hospital Nukleus pelbagai kepakaran

- Oleh HENRY BATING

MATUNGGONG: Kementeria­n Kesihatan Malaysia diminta membangun Hospital Nukleus yang menempatka­n pelbagai kepakaran doktor di kawasan utara Sabah agar kalangan pesakit beberapa daerah di sini tidak lagi tertumpu mendapatka­n rawatan di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri Sabah, Francis Au berkata Kerajaan Warisan Sabah (Warisan) amat komited memperluas­kan kemudahan kesihatan kepada rakyat khususnya dalam menangani rawatan penyakit kronik dan kecemasan.

“Kita sedar perjalanan dari Kudat, Banggi, Pitas, Matunggong dan Kota Marudu ke Kota Kinabalu adalah jauh dan menempuh perjalanan yang kurang baik, jadi wajarlah hospital pakar berpusat dibangunka­n di utara Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pelancaran sambutan Hari Talasemia peringkat Daerah Kecil Matunggong, di sini pada Ahad.

Beliau melahirkan kebimbanga­n di mana 67.9 peratus penduduk Matunggong merupakan pembawa talasemia positif dan memerlukan kemudahan rawatan pakar di tempat berdekatan.

Bagi menangani gejala itu, Pengerusi Persatuan Talasemia Matunggong James Golungan meminta agar sebuah bangunan beserta kemudahan rawatan yang lengkap untuk penghidap talasemia dapat didirikan di sini.

Francis meminta James agar mengemukak­an permohonan itu melalui Penolong Pegawai Daerah dengan menyediaka­n pelan bangunan dan anggaran kos kelengkapa­n rawatan.

Sementara itu, usaha Francis memuji persatuan berkenaan yang cekal melaksanak­an pelbagai aktiviti menangani rawatan penyakit genetik demi membuka kesempatan untuk hidup lebih lama di samping menjalani gaya hidup sihat sehingga boleh berbakti kepada masyarakat.

Terdahulu, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Matunggong Barlus Mangabis memaklumka­n pihaknya memberikan sokongan penuh kepada persatuan talasemia untuk melaksanak­an pelbagai aktiviti meliputi Hospital Kudat, Kota Marudu dan Pitas.

Turut diadakan ialah larian amal dan kayuhan berbasikal yang disertai 100 orang, dilepaskan oleh Barlus di perkaranga­n Pejabat Daerah Kecil dan berakhir di Dewan Terbuka Pekan Matunggong.

Slot ceramah pendek tentang obesiti turut diberikan, derma darah, pameran kesihatan, buku kesihatan, senamrobik, hiburan Kiamai Group dan cabutan tiket bertuah.

Hadir sama, Pastor Bryen Lee dari SDA Kudat, Pastor Juri Murondok (Marak Parak), Timbalan Ketua Parti Warisan Matunggong Jominit Kobuhi, Dr Suhaidah dari Hospital Kudat, Dr Fatihah dari Hospital Pitas serta lebih 200 hadirin.

BARLUS melepaskan larian amal talasemia.

 ??  ??
 ??  ?? FRANCIS menghabisk­an kayuhan amal 13.5 kilometer.
FRANCIS menghabisk­an kayuhan amal 13.5 kilometer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia