Utusan Borneo (Sabah)

‘Kerja bukan mudah’: Di sebalik majlis perkahwina­n sempurna

Di sebalik majlis perkahwina­n sempurna

- PENERANGAN

SETIAP bakal mempelai pastinya impikan majlis perkahwina­n yang sempurna untuk dijadikan memori indah hingga penghujung usia.

Persiapan pula pasti dilakukan dengan berhatihat­i, mungkin juga berbulan-bulan demi memastikan lokasi dipilih dengan tepat bersama hiasan yang indah, jamuan yang enak serta kehadiran keluarga dan teman rapat untuk berkongsi saat istimewa itu yang hanya dirasai sekali seumur hidup.

Menurut pemilik D’Glam Inspired (DGi), Alyaa Anne Joe Abdullah, 30, rentetan senarai panjang untuk dipersiapk­an, kebanyakan pasangan lebih selesa mengupah perancang perkahwina­n seperti dirinya untuk memastikan segalagala­nya tersedia mengikut pilihan mereka.

Namun begitu katanya, banyak cabaran, air mata dan peluh yang tumpah di sebalik majlis perkahwina­n yang gah yang perlu dihadapi oleh seorang perancang perkahwina­n.

“Untuk menjadi seorang perancang perkahwina­n bukan sahaja perlu sentiasa mengikut trend semasa, tetapi paling utama ialah perlu ada persiapan mental, kerana jika tiada kekuatan, pasti akan rebah.

“Saya sudah puas ditularkan, dipertangg­ungjawabka­n atas kesalahan orang lain, membayar ganti rugi walaupun bukan kesalahan saya tetapi masih berdiri tegak kerana ini punca pendapatan saya.

“Bermula pada 2012, katering yang saya lakukan hanya secara kecilkecil­an, masak sendiri di rumah selama setahun lebih, sebelum menerima tempahan pertama bagi majlis perkahwina­n untuk 700 orang tetamu.

“Kemudian, saya terima pula tempahan seterusnya dan berjaya lakukannya berdua dengan suami, hingga saya mengambil keputusan untuk menggadaik­an barang kemas saya bagi membeli peralatan untuk membuat katering,” kata Anne memulakan bicara.

Jelasnya, bukan mudah membuat persiapan dengan tenaga dua orang sahaja, kerana persiapan perlu dilakukan tiga hari lebih awal dengan membeli bahan mentah, memasak dan menghantar makanan ke lokasi, serta menamatkan­nya dengan mencuci pinggan mangkuk selepas majlis, tetapi kerana minat, mereka hadapi sahaja semua.

Anne kemudianny­a melengkapk­an diri dengan menyertai kursus sebagai perancang perkahwina­n selama tiga bulan dan mengambil 12 pekerja serta melengkapk­an mereka dengan kursus pengendali­an makan dan mewajibkan suntikan imunisasi tifoid.

“Saya sangat menitikber­atkan soal penyediaan makanan, ini untuk memastikan makanan yang dihidangka­n sedap, cukup, berkualiti dan tahan lama kerana kami mahu elakkan masalah makanan cepat basi ataupun tidak mencukupi untuk jemputan yang hadir.

“Semasa perbincang­an dengan pelanggan, kebiasaann­ya saya akan mencadangk­an menu yang sesuai dengan keadaan persekitar­an lokasi yang akan digunakan, kerana jika ikut kehendak pelanggan mereka akan pilih yang sedap-sedap sahaja, tetapi pemilihan menu sangat penting untuk mengelakka­n makanan cepat basi.

“Contohnya, jika majlis akan dibuat di dewan yang tertutup dan menggunaka­n penyaman udara, menu yang berasaskan santan tidak akan mendatangk­an masalah berbanding dibuat di bawah khemah dengan cuaca yang panas, makanan bersantan akan cepat berbuih dan basi,” katanya.

Malahan dia juga sering memasak lebih daripada amaun yang ditempah dan akan dikeluarka­n selepas dua jam majlis berjalan jika dilihat makanan tidak cukup dan tetamu melebihi jangkaan tuan rumah.

Menurut Anne, dia menceburka­n diri dalam bidang pelamin pula sejak tahun lepas dan melabur pada rakan kongsi yang mengendali­kan sepenuhnya soal itu kerana menumpukan pada katering makanan.

Perkiraann­ya segalagala­nya berjalan lancar hingga masalah timbul dan ada pelanggan yang membuat aduan dan menularkan­nya hingga beliau mengambil keputusan untuk mengendali­kan perniagaan itu sepenuhnya.

“Sekarang ini corak majlis cenderung kepada perkahwina­n di rimba, bercirikan tropika dan pelanggan sukakan majlis yang tidak banyak melibatkan bunga-bungaan atau warna-warni tetapi bersifat natural.

“Satu kelebihan juga kerana kita berada di Sabah yang dikeliling­i hutan rimba yang terpelihar­a, tumbuhan yang semula jadi dan penggunaan­nya dapat mengurangk­an kos untuk perkahwina­n berkonsep terbuka,” katanya.

Tambahnya, dia menjadi perancang perkahwina­n untuk memudahkan urusan orang lain tanpa mengharapk­an keuntungan semata-mata, kerana menurutnya sebuah perkahwina­n yang sempurna bukan daripada majlis yang gah tetapi tiada kebahagiaa­n kerana kebahagiaa­n itu hanya apabila sudah diijabkabu­lkan.

Dalam pada itu, Pengurus Acara DGi Emran Saban, 22, berasa bertuah bekerja di bawah majikannya kerana dia bersama pekerja sambilan yang lain turut mempelajar­i pelbagai ilmu berkaitan bidang itu.

“Kesemua pekerja ini berasal dari Tambunan dan lebih muda daripada saya dan rata-ratanya bermasalah di sekolah, bermasalah dalam pelajaran dan semenjak terlibat dengan kami nampak perubahan mereka terutama daripada segi penampilan dan keyakinan diri.

“Kami menggalakk­an mereka belajar cara berkomunik­asi dan mengawal sesuatu situasi untuk mereka mempersiap­kan diri kerana segala-galanya akan diaplikasi­kan pada masa depan dan untuk dikongsi dengan orang lain.

“Alhamdulil­lah, buktinya mereka sudah memberi inspirasi pada kawankawan malahan lebih ramai pula yang berminat untuk sertai keluarga kecil kami,” katanya.

Tambahnya, galakan penuh dan respons positif turut diberikan oleh pihak sekolah dan keluarga kerana maklum mereka bukan sekadar bekerja tetapi juga menimba ilmu kerana di usia seawal 14 tahun sudah ada yang memiliki sijil pelbagai jenis kursus.

“Mereka memang dicemburui oleh rakanrakan, minat mereka dalam bidang ini di luar jangkauan, daripada seorang yang bermasalah secara tidak langsung kerja membuat pelamin ini telah membantu untuk melembutka­n hati mereka.

“Pendapatan yang diperoleh sekitar RM50 hingga RM80 setiap majlis mereka gunakan untuk membeli kasut sekolah yang telah bertahun digunakan, juga pakaian sekolah yang selama ini dikongsi bersama adik-beradik yang lain.

“Sebenarnya, kes-kes yang tular mengenai majikan saya itu memberi impak yang besar kepada kami sebagai pekerja kerana ramai pelanggan yang menarik balik bayaran deposit sehingga gaji kami tidak dapat diberi.

“Tapi mujur pekerja tidak pernah persoalkan tentang bayaran gaji kerana tujuan mereka bekerja adalah untuk mencari pengalaman,” jelas Emran.

Majikan mereka juga menjanjika­n ruang pekerjaan pada pekerja selepas sahaja mereka menamatkan pembelajar­an di sekolah menengah dan turut menyokong jika mereka ingin melanjutka­n pelajaran.

Emran juga memohon kepada masyarakat yang gemar menularkan sesuatu perkara tanpa menyelidik terlebih dahulu agar berfikir banyak kali sebelum melakukann­ya kerana ia bukan sahaja boleh menjejaska­n perniagaan seseorang tetapi turut memberi impak kepada pekerja yang tidak tahu apaapa.

“Kami ikhlas bekerja untuk menyempurn­akan majlis orang, tetapi di sebalik itu, banyak kehidupan yang perlu dijaga dan banyak juga mulut yang ingin disuap dengan rezeki yang halal,” katanya.

Mereka ditemui ketika mengadakan pameran terbuka di Pantai Tanjung Aru bersama vendor-vendor yang sering bersama dalam pakej lengkap perkahwina­n yang ditawarkan seperti khidmat busana, jurusolek, ukiran henna, lukisan potret, juruaudio, juruvideo, jurufoto dan katering makanan.

Pada pameran itu juga, mereka turut menghulurk­an sumbangan kepada mualaf dan anak yatim berupa wang tunai dan barangan dapur.

-

 ??  ?? CUACA redup di tepi pantai menimbulka­n suasana romantis kepada pasangan mempelai.
CUACA redup di tepi pantai menimbulka­n suasana romantis kepada pasangan mempelai.
 ??  ?? GELAGAT pengunjung pantai Tanjung Aru yang tidak melepaskan peluang untuk merakamkan kenangan di pelamin yang indah.
GELAGAT pengunjung pantai Tanjung Aru yang tidak melepaskan peluang untuk merakamkan kenangan di pelamin yang indah.
 ??  ?? PELAYAN-PELAYAN muda yang bekerja sambil mencari pengalaman.
PELAYAN-PELAYAN muda yang bekerja sambil mencari pengalaman.
 ??  ??
 ??  ?? ANAK yatim dan mualaf yang hadir pada pameran itu.
ANAK yatim dan mualaf yang hadir pada pameran itu.
 ??  ?? ANTARA gerai vendor yang turut serta dalam pakej perkahwina­n DGi yang ditawarkan kepada bakal pengantin.
ANTARA gerai vendor yang turut serta dalam pakej perkahwina­n DGi yang ditawarkan kepada bakal pengantin.
 ??  ?? ALYAA ANNE
ALYAA ANNE
 ??  ?? EMRAN
EMRAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia