Utusan Borneo (Sabah)

Harimau Malaya tewas 0-1 di laman sendiri

-

MELAKA: Skuad Harimau Malaya tewas tipis 0-1 di laman sendiri pada perlawanan persahabat­an kelas A di Stadium Hang Jebat, Krubong malam pada Selasa.

Skuad bimbingan jurulatih Tan Cheng Hoe bermula garang apabila melakukan asakan bertubi-tubi ke gawang lawan namun gagal menghasilk­an gol sehingga akhir permainan.

Gawang gol pasukan Republik Kyrgyz diuji dengan serangan merbahaya yang dilakukan oleh penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-29 dan 43 namun dua cubaan itu terkena palang.

Bagaimanap­un, di babak kedua Republik Kyrgyz mendapat gol tunggal menerusi Sagynbaev Bekzhan yang menggantik­an Shakirov Sherzot yang melakukan rembatanke­ncangmenew­askan penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-68.

Cheng Hoe pula berkata menang atau gagal bukan perkara utama, apa yang lebih penting adalah pemain dapat belajar sesuatu malam ini dan mencipta beberapa peluang untuk menjaringk­an gol.

“Pada malam ini saya dapat melihat lebih banyak perkembang­an positif berbanding dengan perkara negatif apabila dapat melihat perubahan dalam mutu pasukan,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Beliau mengakui bahawa anak didiknya masih gagal mendapat penyudah yang baik namun melihat perkara itu sebagai satu perkara yang positif apabila berjaya mencipta beberapa peluang menguji bentang pertahanan lawan.

“Saya percaya bahawa perkara ini mampu diperbaiki pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata perlawanan malam ini berbeza daripada aksi persahabat­an menentang Sri Lanka di Colombo pada 13 Okt lepas.

“Jika dilihat bahawa pemain Republik Kyrgz mempunyai kelebihan dari segi fizikal dan taktikal...daripada itu kita dapat belajar sesuatu dari mereka yang boleh diterapkan bagi membaiki pasukan pada masa akan datang,” katanya.

Mengulas mengenai kecederaan yang dialami oleh Matthew Davies yang mengalami kecederaan pada bahagian lutut kiri ketika sesi latihan dua hari lepas, Cheng Hoe berkata pemain pertahan itu dinasihatk­an berehat selama dua minggu lagi.

“Kita akan hantar Matthew buat pemeriksaa­n lanjut dalam masa terdekat dan saya harap beliau dapat kembali beraksi di perlawanan persahabat­an ketiga menentang pasukan Maldives di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Nov nanti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Republik Kyrgyz Alexander Krestinin berkata Malaysia memberikan tentangan hebat kepada pasukan “helang putih” dan mereka perlu bekerja keras untuk mendapatka­n kemenangan tipis itu. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia