Utusan Borneo (Sabah)

Loew tetap ‘sangat gembira’ dengan prestasi pasukannya

Dua gol Griezmann bantu Perancis bangkit dari ketinggala­n untuk menewaskan Jerman 2-1 pada aksi UNL di Stade de France

-

PARIS, Perancis: Jurulatih Jerman, Joachim Loew bertegas memuji aksi anak buahnya ketika tewas 1-2 kepada Perancis pada aksi Liga Negara UEFA (UNL) dan menyelar ‘satu penalti tidak adil’ kepada pasukan tuan rumah Selasa lepas.

Antoine Griezmann menjaringk­an dua gol, termasuk gol kemenangan dari tendangan penalti ketika Perancis bangkit dari ketinggala­n hasil gol jaringan Toni Kroos menerusi tendangan penalti untuk memberikan kekalahan keenam Jerman dari 10 perlawanan terakhir.

Kekalahan sekali gus menyingkir­kan Jerman sebagai pesaing kejuaraan kejohanan dan menyebabka­n mereka perlu menewaskan Belanda pada perlawanan terakhir kumpulan pada 19 November untuk mengelak penyingkir­an dari liga teratas.

Bagaimanap­un, Loew menegaskan beliau “sangat gembira” dengan prestasi ketika Jerman beraksi lebih baik berbanding ketika tewas 0-3 kepada Belanda di Amsterdam minggu lepas.

“Saya kecewa dengan keputusan walaupun saya harus berkata kekalahan ini berbeza dengan kekalahan Sabtu lepas,” kata Loew.

“Bukan kerana keputusan tetapi kerana prestasi. Saya sangat gembira dengan prestasi pasukan. “Saya fikir kami sebaris dengan apa yang mungkin pasukan terbaik di dunia. “Tetapi Perancis mempunyai ramai pemain individu berbakat dan jika anda tidak berhati-hati, anda akan dihukum sertamerta.” Kekalahan pertama kepada negara jiran Belanda dalam tempoh 16 tahun menyebabka­n Loew melakukan lima pertukaran untuk kunjungan ke Paris, ketika beliau menyuntik tambahan kepantasan di jentera serangan dengan Leroy Sane dan Serge Gnabry.

Jerman membuka jaringan dari penalti Kroos selepas Presnel Kimpembe terpegang bola hantaran Sane tetapi jentera serangan muda Loew gagal menambah jaringan dari beberapa peluang yang ada.

“Perkara negatif di sini ialah kami gagal menyempurn­akan peluang,” kata Loew.

“Saya fikir kami selayaknya menang kerana kami pasukan terbaik dalam padang tetapi ia tidak sentiasa seperti itu.

“Kami kekurangan kebijaksan­aan dan ketangkasa­n. Jika kami dapat menjaringk­an gol kedua, kami boleh bermain dengan lebih tenang dan menang.”

Griezmann mengikat kedudukan dari satu umpanan Lucas Hernandez pada minit ke-60 sebelum penyerang kelab Atletico Madrid itu menjaringk­an gol kemenangan dari satu tendangan penalti ketika berbaki 10 minit.

Loew tidak gembira dengan keputusan pengadil, Milorad Mazic untuk memberikan penalti kepada Perancis selepas Blaise Matuidi terjatuh ketika berasak dengan Mats Hummels.

“Penalti itu tidak wajar,” kata Loew. “Saya sudah melihat rakaman. Mats tidak menyentuh Matuidi, beliau memijak kaki Mats dan terjatuh.”

Bagaimanap­un, Loew memberikan pujian kepada pemain sayap kelab Bayern Munich, Gnabry, yang membuat penampilan sulung bersama Jerman sejak November 2016, dan juga pemain pertahanan, Thilo Kehrer.

“Ia aksi yang bagus dari pemain muda,” kata Loew. “Gnabry dan Kehrer bermain dengan baik.

“Ia adalah aksi yang sangat bagus dan sesuatu untuk dibina di masa hadapan.”

Perancis boleh menduduki tangga teratas kumpulan dengan hanya satu mata pada perlawanan terakhir menentang Belanda di Rotterdam bulan hadapan.

“Saya kecewa dengan keputusan walaupun saya harus berkata kekalahan ini berbeza dengan kekalahan ” Sabtu lepas. Joachim Loew Jurulatih Jerman

 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP ?? GRIEZMANN meraikan gol jaringanny­a ketika membantu Perancis meraih tiga mata berharga dengan kemenangan ke atas Jerman pada perlawanan UNL di Stade de France, Paris pada Selasa lepas. KROOS (kiri) bersaing dengan Mbappe (tengah) untuk mendapatka­n bola pada perlawanan di antara Perancis dan Jerman UNL di Stade de France, Paris pada Selasa lepas.
— Gambar AFP — Gambar AFP GRIEZMANN meraikan gol jaringanny­a ketika membantu Perancis meraih tiga mata berharga dengan kemenangan ke atas Jerman pada perlawanan UNL di Stade de France, Paris pada Selasa lepas. KROOS (kiri) bersaing dengan Mbappe (tengah) untuk mendapatka­n bola pada perlawanan di antara Perancis dan Jerman UNL di Stade de France, Paris pada Selasa lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia