Utusan Borneo (Sabah)

Kapal laut Malaysia, Filipina jayakan program TMP

Kapal laut Malaysia, Filipina jayakan program TMP

- Oleh YUSOP TEPPO

KAPAL Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kapal Diraja Sri Tiga (KD Sri Tiga) telah mengadakan pertemuan bersama kapal Tentera Laut Filipina (TLP) BRP Dioscoro Papa (PS 381) untuk menjayakan program Trilateral Maritime Patrol (TMP) Siri 16/18.

Ia dianjurkan di bawah inisiatif Trilateral Arrangemen­t (TCA) melibatkan kerjasama tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina, pada Rabu.

Pertemuan kali ini telah dilaksanak­an di sekitar garis sempadan maritim di antara kedua-dua negara iaitu di 7 Batu Nautika Timur Laut Pulau Mataking.

Kedua-dua kapal itu sedang melaksanak­an rondaan di kawasan perairan negara masing-masing dan telah membuat pertemuan untuk Inisiatif Bertukar Maklumat (IBM).

Pertemuan TMP kali ke16 itu telah dilaksanak­an seawal jam 9 pagi setelah hubungan komunikasi keduanya berjaya dilakukan melalui saluran 16 I-com.

Pertemuan bermula dengan BRP Dioscoro Papa yang diperintah oleh Lt Rey Remigo PN merapat di sebelah lambung kanan KD Sri Tiga yang diperintah oleh Lt Kdr Kamarulzam­an Kamaruddin TLDM.

Ketibaan BRP Dioscoro Papa disambut baik oleh Pegawai Memerintah KD Sri Tiga dan dimulakan dengan sesi menandatan­gani buku pelawat.

Rondaan bersama dan pertemuan itu adalah bagi perkongsia­n maklumat berkaitan ancaman semasa di kawasan persempada­nan perairan kedua-dua negara termasukla­h isu aktiviti jenayah rentas sempadan seperti penyeludup­an, perlanunan, penculikan untuk wang tebusan (KFR) serta pendatang tanpa izin (PTI).

Kru kedua-dua kapal juga saling melaksanak­an lawatan ke kapal masing-masing dan melaksanak­an beberapa siri latihan bersama.

Antara latihan yang dilaksanak­an adalah Replenishm­ent at Sea Approach (RASAP), Kibaran Bendera (Semaphore), Publicatio­n Exercise (PUBEX) dan Latihan Manuvra Taktis (MANTAK).

Kesemua latihan itu telah dilaksanak­an dengan jayanya dan mencapai objektifny­a.

Inisiatif rondaan TMP telah terbukti memberi manfaat yang baik dan impak yang sangat positif kepada komuniti maritim di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dan wajar diteruskan pada masa akan datang. Usaha sama itu juga dilihat telah memberikan banyak kebaikan dan keyakinan kepada negara serantau khususnya dalam tahap keselamata­n maritim di Laut Sulu dan Sulawesi. Kedua-dua Pegawai Memerintah juga bersetuju inisiatif itu telah berjaya menurunkan kadar jenayah rentas sempadan sejak ia dilaksanak­an dengan beberapa siri pertemuan di laut yang dilakukan sebelum ini.

Selesai pertemuan, kedua-dua kapal kembali meneruskan rondaan di perairan negara

masingmasi­ng.

 ??  ??
 ??  ?? KRU KD Sri Tiga dan BRP Dioscoro Papa merakam gambar di kapal masing-masing. REY Remigo menandatan­gani buku pelawat.
KRU KD Sri Tiga dan BRP Dioscoro Papa merakam gambar di kapal masing-masing. REY Remigo menandatan­gani buku pelawat.
 ??  ?? SESI bergambar kru KD Sri Tiga dan BRP Dioscoro Papa sebelum memulakan latihan.
SESI bergambar kru KD Sri Tiga dan BRP Dioscoro Papa sebelum memulakan latihan.
 ??  ?? LATIHAN Kibaran Bendera (Semaphore).
LATIHAN Kibaran Bendera (Semaphore).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia