Utusan Borneo (Sabah)

Sabah, S’wak diberi keutamaan baki pelaksanaa­n RMK-11

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis memberi jaminan bahawa pembanguna­n di Sabah dan Sarawak akan diberikan keutamaan bagi memastikan kedua-dua negeri itu berpotensi untuk menjana pertumbuha­n ekonomi yang lebih tinggi.

Beliau berkata bagi mencapai matlamat itu, kerajaan di bawah pentadbira­n Pakatan Harapan (PH) akan mengoptimu­mkan segala sumber asli serta mengagihka­n pendapatan minyak dan gas secara saksama mengikut perundanga­n sedia ada.

“Satu Jawatankua­sa Khas Kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji semula serta memantau pelaksanaa­n yang wajar bagi Perjanjian Malaysia 1963,” katanya ketika membentang­kan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11( RMK-11) (2016-2020), Keutamaan dan Penekanan Baharu di Dewan Rakyat di sini.

Perdana Menteri berkata kerajaan melalui pelaksanaa­n baki tempoh RMK11 – iaitu dokumen dasar pertama kerajaan PH sejak memenangi Pilihan Raya Umum pada 9 Mei lepas, juga akan memperting­katkan kemudahan infrastruk­tur asas seperti bekalan air dan elektrik luar bandar di Sabah dan Sarawak bagi kemakmuran rakyat di negeri itu.

Menurutnya kerajaan juga berhasrat untuk membina 7,000 unit rumah mampu milik serta menaik taraf 400 buah sekolah daif di Sabah dan Sarawak.

“Dari segi kemudahan kesihatan, tiga buah hospitral akan dinaik taraf iaitu di Papar, Miri dan Lawas, katanya.

Dr Mahathir berkata kerajaan juga berhasrat untuk meningkatk­an liputan jalur lebar khususnya di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak melalui cadangan membina 106 menara telekomuni­kasi baharu dan menaik taraf 400 menara sedia ada.

Perdana Menteri juga menekankan kepentinga­n untuk memajukan tanah adat di kedua-dua negeri itu yang diyakini mampu untuk mewujudkan aktiviti ekonomi dan menjana pendapatan penduduk setempat.

Öleh itu, kerjasama antara kerajaan negeri, agensi berkaitan, pemilik tanah dan pelabur akan dipertingk­at. Aktiviti pengukuran dan pemetaan Hak Tanah Adat akan dilaksana bagi membolehka­n tanah adat dibangunka­n,” katanya.

Perdana Menteri berkata melalui baki tempoh pelaksanaa­n RMK-11 yang berakhir pada tahun 2020, kerajaan akan menyediaka­n peruntukan pembanguna­n yang lebih saksama kepada Sabah dan Sarawak bagi memastikan pembanguna­n yang lebih setara di seluruh negara.

Katanya sehubungan itu kerajaan akan memperkena­lkan kembali agenda pembanguna­n wilayah yang seimbang sebagai keutamaan yang turut membabitka­n peruntukan kewangan kepada Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Dr Mahathir juga berkata sebagai kerajaan yang prihatin ke arah mewujudkan masyarakat yang saksama, kerajaan akan berusaha memperkasa kumpulan minoriti menerusi program khusus yang akan dilaksanak­an bagi suku kaum Sabah dan Sarawak termasuk orang asli di kawasan luar bandar serta pedalaman.

“Antara inisiatif yang akan dilaksana termasuk penawaran lebih banyak program dan peluang pendididka­n, latihan kemahiran dan keusahawan­an,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia