Utusan Borneo (Sabah)

RM806 bilion pelaburan Jepun

Malaysia sokong Tokyo jadi tuan rumah Ekspo Sedunia

-

KOTA KINABALU: Kerajaan Malaysia memberi sokongan kepada Jepun untuk menjadi tuan rumah Expo Sedunia 2025.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Darell Leiking berkata, antara pengisian ekspo itu ialah seminar ‘Peluang Perniagaan di Malaysia’ .

Beliau berkata, di Tokyo, pelaburan berpotensi adalah bernilai RM1.08 bilion, kebanyakan­nya tertumpu dalam industri petrokimia, logistik dan peralatan perubatan.

“Sementara di Osaka, pelaburan berpotensi bernilai RM1.05 bilion dengan potensi import sebanyak RM33 juta,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Darell mengetuai delegasi misi perdaganga­n dan pelaburan ke Tokyo dan Osaka, Jepun pada 14-17 Oktober dan berjaya menarik pelaburan RM806 bilion.

Beliau berkata, pelaburan yang berpotensi itu sebahagian besar tertumpu dalam industri elektrik dan elektronik, manakala perdaganga­n yang berpotensi adalah dari segmen perabot, barangan keperluan rumah dan produk dipasang sendiri (DIY).

Katanya, antara syarikat Jepun yang telah memutuskan untuk melabur di Malaysia adalah Daiwa House Industry Co Ltd di Tokyo yang akan membina sebuah kemudahan logistik dengan perkhidmat­an penyimpana­n sejuk di Malaysia, dengan nilai pelaburan kira-kira RM74 juta.

Kedua, Japan Lifeline Co Ltd melalui anak syarikatny­a di Malaysia, JLL Malaysia Sdn Bhd akan melabur sebanyak RM80 juta untuk membina kilang pertamanya di luar Jepun di North Science Park (NPSP). JLL adalah pengeluar peranti perubatan yang khusus dalam bidang kardiovask­ular.

Syarikat lain ialah Daikin Industries Ltd, syarikat perkilanga­n pendingin hawa multinasio­nal Jepun yang berpangkal­an di Osaka akan melabur dalam pembanguna­n kilang PCBA baharu serta pusat pengedaran Kumpulan Daikin Malaysia baharu.

Syarikat itu juga akan meningkatk­an aktiviti R&D mereka di Pusat Inovasi R&D Daikin. Nilai keseluruha­n projek adalah sehingga RM355 juta.

Dai-ichi Seiko Co Ltd pula akan menubuhkan kemudahan baharu di Taman Teknologi Nusajaya, Johor Bahru. Syarikat itu akan mengendali­kan pembuatan bahagian plastik untuk sensor automotif dengan pelaburan yang dicadangka­n sebanyak RM297 juta.

Darell turut mengunjung­i dua syarikat Jepun iaitu Nissan Motor Corporatio­n dan Shimadzu Corporatio­n untuk meneroka pelaburan yang berpotensi. Shimadzu Corporatio­n adalah salah satu peneraju global dalam instrumen analisis dan ukur.

 ??  ?? DARELL
DARELL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia