Utusan Borneo (Sabah)

22 PTI ditahan dalam Operasi Bersepadu Khas Esscom

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Seramai 22 pendatang tanpa izin (PTI) ditahan dalam Operasi Bersepadu Khas yang diselarask­an oleh Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di empat lokasi berasingan di sekitar daerah ini, pada Selasa.

Komander Esscom DCP Datuk Hazani Ghazali dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, mereka yang ditahan terdiri 16 warga Filipina dan enam warga Indonesia berumur 17 hingga 55 tahun, atas pelbagai kesalahan.

“Pada operasi itu, seramai 118 individu diperiksa namun selepas proses dokumentas­i dilakukan seramai 22 individu ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan memiliki pasport tamat tempoh,” katanya.

Menurut beliau, kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Seksyen 15(1)(c) 1959/63 (Pindaan 2002).

Operasi yang bermula jam 8 malam hingga 2 pagi itu disertai 73 anggota penguatkua­sa dengan menumpukan lokasi operasi di sekitar bandar Singamata dan perkampung­an yang berdekatan iaitu di Kg Bakau dan Kg Agaseh.

Dalam operasi yang sama, Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Daerah Lahad Datu turut mengeluark­an sebanyak tujuh notis kepada pengguna jalan raya di sini atas pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki lesen memandu serta tidak menampal pelekat ‘P’.

Hazani berterima kasih kepada semua agensi keselamata­n dan penguatkua­sa yang terlibat iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, JPJ, Jabatan Pendaftara­n Negara, Batalion 17 Pasukan Gerakan Am, Jabatan Kebajikan, Majlis Daerah Lahad Datu dan Angkatan Tentera Malaysia kerana komited menjayakan operasi itu sehingga dapat dilaksanak­an dengan baik.

“Esscom akan meneruskan operasi ini dari semasa ke semasa dalam usaha untuk mengurang kehadiran PTI di daerah ini yang disyaki menjadi dalang pada aktiviti penyeludup­an barang bersubsidi dan terlarang seperti minyak petrol, rokok seludup dan syabu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia