Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 30 isu pekerja asing

Dibangkit pada sesi Town Hall

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Lebih 30 isu berhubung pengurusan pekerja asing dibangkitk­an dalam Sesi Town Hall Jawatankua­sa Bebas Pengurusan Pekerja Asing yang diadakan di Dewan Wisma Wanita, di sini pada Khamis.

Antara isu yang dibangkitk­an seperti pertindiha­n tugas antara agensi, kuota bagi pekerja asing wanita, produktivi­ti, keseragama­n gaji minima, aspek peguatkuas­aan, dan banyak lagi.

Kesemua isu berkenaan diutarakan secara langsung oleh sebahagian daripada 334 peserta program yang berlangsun­g selama setengah hari itu.

Peserta terdiri daripada wakil kesatuan pekerja, jabatan agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO), Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), pihak berkuasa tempatan, wakil dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta, majikan agensi pekerjaan swasta serta pegawai di bawah Kementeria­n Sumber Manusia Sabah.

Timbalan Pengarah Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) Mohd Azmi Muhammud berkata, setakat ini pihaknya menerima pelbagai cadangan memorandum daripada pihak-pihak berkepenti­ngan dalam isu terbabit.

Bagaimanap­un katanya, mereka masih mengumpul input daripada semua pihak berkepenti­ngan sebelum laporan lengkap dikemukaka­n oleh Jawatankua­sa Bebas kepada pihak kerajaan bagi penambahba­ikan sistem pengurusan pekerja asing di negara ini.

“Apa yang penting adalah kita mahu selesaikan masalah ini untuk kita beri kepada pihak kerajaan dan bukannya hanya pandai membangkit­kan isu sahaja.

“Jadi, kita mengharapk­an pihak

“Apa yang penting adalah kita mahu selesaikan masalah ini untuk kita beri kepada pihak kerajaan dan bukannya hanya pandai membangkit­kan isu sahaja. ” MOHD AZMI MUHAMMUD

Timbalan Pengarah Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA)

wakil agensi kerajaan, swasta dan pihak berkuasa tempatan merakam gambar bersama tetamu kehormat pada majlis itu.

di luar sana yang merasakan ada kepentinga­n berkaitan isu pekerja asing ini supaya tampil memberikan input mahupun maklumbala­s kepada kami,” katanya ketika ditemui pada program itu, di sini.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kementeria­n Perdaganga­n dan Perindustr­ian Ben Chong Chen Bin dan mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman yang juga selaku salah seorang panel program berkenaan.

Azmi berkata, program Town Hall Jawatankua­sa Bebas itu diadakan di 13 lokasi seluruh Malaysiaya­ngbermula9­September di Kuala Terengganu, disusuli Pahang, Kuantan, Melaka dan Kuching, Sarawak.

Katanya, program yang berlangsun­g di Kota Kinabalu pad Khamis turut diadakan serentak di Miri, manakala hari ini (19 Oktober) akan diadakan di Sandakan.

“Seterusnya, kami akan melengkapk­an siri jelajah ini di Ipoh pada 24 Okt, Pulau Pinang, Seremban dan Alor Setar 25 Okt, Kuala Lumpur, Selangor serta Putrajaya pada 1 Nov dan akhir sekali pada 13 Nov di Johor.

“Setakat ini, jumlah peserta tidak termasuk di Kota Kinabalu adalah 1,119 orang yang mana, kami menerima tujuh memorandum dan 146 maklumbala­s secara lisan dan bertulis,” katanya.

Justeru, beliau mengajak pihak berkepenti­ngan yang ingin memberi cadangan atau pandangan berhubung isu pekerja asing untuk mengemukak­an maklumbala­s melalui emel jkppa2018@mohr. gov.my.

 ??  ?? SEBAHAGIAN
SEBAHAGIAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia