Utusan Borneo (Sabah)

Jeti feri ekspres pelancong akan diwujudkan di Tawau

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kerajaan bercadang mewujudkan sebuah jeti pelanconga­n untuk operasi feri ekspres pelancong dari Tawau ke pulau-pulau menarik di Semporna seperti Sipadan.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Abdul Muis Picho berkata hasrat itu antara usaha kerajaan merancakka­n lagi ekonomi dan sektor pelanconga­n di daerah ini.

“Kita sudah meminta presiden Majlis Perbandara­n Tawau memanggil jabatan dan agensi berkaitan untuk mengadakan mesyuarat dan membincang­kan perkara ini.

“Kita minta cadangan itu dikaji dalam tempoh terdekat melibatkan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga, Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam lawatannya ke Jeti Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sini pada Rabu dan turut meninjau jeti Barter Trade yang akan dibuka tahun hadapan.

Menurutnya, banyak perkara perlu dilihat secara terperinci misalnya berkaitan cadangan tapak jeti, laluan laut yang sesuai dan aspek keselamata­n laluan yang hendak digunakan.

“Setiap tahun ramai pelancong termasuk dari China tiba di Lapangan Terbang Tawau, malangnya mereka tidak singgah di Bandar Tawau tetapi terus ke Semporna.

“Mereka lebih cenderung memilih laluan darat dari Tawau untuk berkunjung ke Pulau Sipadan dan pulaupulau menarik yang lain di Semporna,” katanya.

Muis berkata usaha mewujudkan feri ekspres pelancong itu diharap dapat menarik lebih ramai pelancong untuk singgah di Tawau berbanding sebelum ini.

Lebih-lebih lagi, jarak laluan laut dari Tawau ke Sipadan lebih dekat berbanding laluan sedia ada jika melalui Pekan Semporna untuk memasuki pulau popular terbabit.

 ??  ?? MUIS mengadakan lawatan kerja ke CIQ Tawau dan turut meninjau keadaan jeti Barter Trade yang akan mula beroperasi pada tahun hadapan.
MUIS mengadakan lawatan kerja ke CIQ Tawau dan turut meninjau keadaan jeti Barter Trade yang akan mula beroperasi pada tahun hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia