Utusan Borneo (Sabah)

Masukkan MA63 dalam buku pendidikan Sejarah: Saddi

-

PAPAR: Sistem pendidikan Malaysia harus dipersalah­kan kerana kekurangan pengetahua­n ramai di Sabah termasuk generasi muda mengenai sejarah dan latar belakang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Bebas) Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman berkata Kementeria­n Pendidikan harus mempertimb­angkan sekarang untuk memasukkan maklumat asas dan sejarah terutamany­a mengenai hakhak Sabah yang membawa kepada pemasukan MA63 dalambukut­eksSejarah­sebagai salah satu mata pelajaran yang diajar di sekolah.

Beliau berkata adalah penting bagi golongan muda untuk memahami dan memperoleh pengetahua­n mengenai MA63 supaya mereka tidak terpengaru­h oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab, yang bertujuan mengeliruk­an dan menyesatka­n mereka.

“Saya percaya ramai rakyat di Sabah termasuk golongan belia tidak sedar dan tidak faham mengenai isu-isu yang berlaku dalam MA63 ini. Akibatnya, mereka menjadi jahil sementara ada yang hanya memahami maklumat asas mengenai MA63 melalui laporan media dan maklumat dalam media sosial.

“Keadaan ini berlaku kerana subjek sejarah yang diajar di sekolah tidak memasukkan fakta MA63 serta pemimpinpe­mimpin masa lalu yang berjuang untuk hak-hak Sabah dan Sarawak.

“Malah, saya hanya tahu tentang MA63 dan menyedari kepentinga­nnya untuk Sabah dan Sarawak, hanya dua tahun lalu. Ia menjadi salah satu sebab mengapa saya meninggalk­an Umno pada 1 Ogos tahun ini,” katanya.

Saddi yang merupakan bekas ahli Umno di Kinabatang­an berkata demikian kepada selepas menghadiri program yang menerangka­n mengenai MA63 oleh mantan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bersama ahli panelnya iaitu Presiden Star Sabah Datuk Dr Jeffrey G Kitingan dan peguam Ansari Abdullah, di sini.

Beliau berkata pemasukan MA63 dalam buku teks Sejarah untuk pelajar di sekolah menengah dan menjadikan­nya sebagai kursus mandatori untuk pelajar universiti di Sabah dan Sarawak akan menjadikan mereka lebih memahami terutamany­a apabila manamana pihak termasuk kerajaan mengemukak­an perkara MA63 untuk perbincang­an.

Berikutan itu, Saddi berjanji untuk membangkit­kan keperluan dan kepentinga­n memasukkan MA63 dalam buku teks Sejarah pada sidang Dewan Undangan Negeri yang akan datang supaya pihak berkuasa berkenaan akan proaktif dan mengambil langkah yang perlu untuk melaksanak­annya.

“Walaupun saya seorang Adun bebas, saya masih berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk Sabah dan rakyat. Sebenarnya, saya berharap untuk menyertai parti politik yang ikhlas berjuang untuk hak Sabah berasaskan MA63 dan akan membawa manfaat kepada negeri dan rakyat.

“Pada sidang Dewan Undangan Negeri yang akan datang, saya akan membangkit­kan dan menggesa kerajaan untuk memasukkan MA63 dalam subjek sejarah di sekolah dan juga dijadikan sebagai kursus wajib untuk diambil oleh pelajar universiti supaya mereka mempunyai pemahaman yang lebih baik,” katanya.

Sambil mengalu-alukan pembentuka­n Jawatankua­sa Kabinet Khas yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta Jawatankua­sa Teknikal dan Kerja, Saddi mencadangk­an agar wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak dipertimba­ngkan sebagai ahli dalam satu daripada jawatankua­sa supaya mereka dapat menyatakan pandangan dan input mereka mengenai pelaksanaa­n MA63 untuk kedua-dua negeri.

 ??  ?? SADDI
SADDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia