Utusan Borneo (Sabah)

`Sang bedal ditembak’

Operasi memburu dijalankan selepas reptilia itu menyerang remaja 13 tahun

- Oleh YUSOP TEPPO akhbar remaja diserang buaya.

KEBIMBANGA­N penduduk di beberapa kampung di pesisiran pantai di Sandakan berikutan kemunculan buaya di perkampung­an mereka mungkin bakal berakhir selepas reptilia ganas itu ditembak.

Kemunculan pertama kali buaya berukuran lebih kurang 7 meter di perkampung­an nelayan, Kampung Tanjung Batu Laut pada Rabu lepas, telah mengakibat­kan sang bedal itu mengalami kecederaan terkena peluru yang dilepaskan dari muncung senapang anggota Jabatan Hidupan Liar.

Reptilia ganas itu dipercayai adalah buaya yang sama muncul di perairan Kampung Gas - Kampung Bahagia, berhampira­n jeti sebuah kilang sawit Batu Sapi pada Jumaat minggu lalu dan buaya yang menyerang remaja di Kampung Melayu Batu 8 ketika mandi di hulu Sungai Seguntor pada 9 September lepas.

Misi memburu buaya itu telah dijalankan oleh Jabatan Hidupan Liar Sandakan selepas serangan reptilia terbabit terhadap seorang remaja, Arsil Alkamal yang berusia 13 tahun.

Kaedah memerangka­p buaya menggunaka­n sangkar dan membuat operasi rondaan berkala di lokasi kejadian serta sekitarnya oleh anggota Jabatan Hidupan Liar menemui jalan buntu selepas dua minggu menjalanka­n operasi.

Kemunculan buaya di perairan Kampung Gas - Kampung Bahagia, Batu Sapi pada Jumaat minggu lepas menyebabka­n anggota Jabatan Hidupan Liar melakukan rondaan setiap hari bermula jam 7 hingga 10.30 malam di sepanjang perairan Batu Sapi, berhampira­n muara Sungai Seguntor hingga ke Perlabuhan Karamuntin­g, tetapi masih gagal kelihatan.

Enam hari selepas kemunculan reptilia itu, dipercayai buaya yang sama muncul di perkampung­an nelayan Kampung Tanjung Batu Laut, berkemungk­inan besar cuba mencari habitat baharu.

RAKAM KEMUNCULAN BUAYA

Seorang penduduk Kampung Tanjung Batu Laut, Indra Habil, 21, dapat merakamkan sembilan video yang dikongsika­nnya di akaun Facebook miliknya.

Rakaman itu bermula jam 6.30 pagi hingga jam 1.13 petang, dari kemunculan buaya itu sehingga operasi menembak dan usaha mengesan buaya yang hilang terkena tembakan.

Indra menceritak­an kejadian kemunculan buaya itu kepada Utusan Borneo dengan mengatakan buaya itu dilihat di bawah rumah jirannya kirakira jam 6.30 pagi.

“Kehadiran buaya itu telah menggempar­kan penduduk kampung yang menyebabka­n ramai datang berhampira­n rumah saya untuk melihat sendiri buaya itu,” katanya.

Beliau kemudianny­a terfikir untuk merakamkan video kerana kejadian kehadiran buaya itu adalah pertama kali berlaku di kampungnya.

“Pada awal kemunculan buaya itu, air laut pada ketika itu masih pasang. Sekitar jam 11 pagi, air laut telah mula surut,” katanya.

Katanya reptilia itu berukuran lebih kurang 7 meter boleh dilihat jelas kehadirany­a ketika sedang berehat di bawah rumah dan sekali sekala berenang di tempat penyimpana­n bot serta di bawah jambatan.

“Apabila air laut mula surut, buaya itu mula bergerak ke tengah laut dan kelihatan timbul tenggelam banyak kali berhampira­n perkampung­an,” katanya.

Pada masa itu, Indra berkata ada seorang penduduk kampung dikenali sebagai pakcik Amin cuba menangkap reptilia ganas itu dengan menggunaka­n tali.

“Pada mulanya, saya tidak tahu pakcik Amin mahu menangkap buaya itu. Dia turun ke botnya sambil menepuk air laut dengan tangannya sebanyak tiga kali,” katanya.

Beliau berkata tindakan pakcik Amin beberapa kali menangkap buaya itu dengan tali menggunaka­n kaedah menjerat kepalanya telah menemui kegagalan.

“Pakcik Amin kelihatan sekali lagi mengambil tindakan berani dengan terjun ke laut bersama tali dibawanya untuk menangkap reptilia berkenaan, namun turut menemui kegagalan.

“Saya difahamkan oleh keluarga dan jiran-jiran bahawa pakcik Amin mempunyai pengalaman menangkap buaya,” katanya.

Indra berkata tidak lama

KERATAN

selepas itu, pihak Jabatan Hidupan Liar tiba di lokasi berkenaan dengan bot dari Bandar Sandakan.

“Anggota Jabatan Hidupan Liar kelihatan telah melepaskan satu das tembakan ke arah buaya berkenaan di laut berhampira­n kawasan rumah saya yang menyebabka­n buaya itu bertukar arah ke jeti kampung,” katanya.

Beliau berkata anggota Jabatan Hidupan Liar sekali lagi melepaskan satu das tembakan berhampira­n jeti kampung yang mana kelihatan buaya itu terhumban akibat terkena tembakan.

“Buaya yang ditembak itu telah tenggelam dan hilang walaupun usaha mengesanny­a di sekitar lokasi perkampung­an dilakukan,” katanya.

Indra percaya buaya itu terkena tembakan sebelum anggota Jabatan Hidupan Liar memaklumka­n kepada mereka buaya itu telah terkena tembakan dan berkemungk­inan akan mati.

“Selepas sepasukan anggota Jabatan Hidupan Liar itu balik, buaya terbabit telah muncul semula sehingga lewat petang Rabu berhampira­n jeti kampung dan kelihatan seakan mengalami kecederaan,” katanya.

Beliau berkata pada pagi Khamis, buaya itu tidak kelihatan lagi tetapi sekitar jam 2 petang kelibat reptilia ganas itu kelihatan muncul semula berhampira­n jeti.

“Pasukan Jabatan Hidupan Liar telah datang menggunaka­n bot dan mengesan kedudukan buaya itu berhampira­n jeti kampung,” katanya.

Dua Das Tembakan Dilepaskan

Sementara itu, Pegawai Hidupan Liar Sandakan Hussien Muin berkata pihaknya telah melepaskan dua das tembakan ke arah buaya itu ketika muncul di Kampung Tanjung Batu Laut pada petang Rabu.

“Buaya itu telah ditembak sekitar jam 1 petang dan tembakan kedua jam 1.30 petang. Tembakan kedua yang tepat mengena sasaran telah menyebabka­n buaya itu tenggelam dan terus hilang akibat arus laut,” katanya.

Beliau berkata pihaknya telah menjalanka­n pemantauan untuk mengesan tetapi buaya itu masih gagal ditemui.

“Operasi mengesan buaya itu diteruskan hari ini dan kita telah dimaklumka­n oleh penduduk kampung bahawa reptilia itu kelihatan petang Khamis berhampira­n jeti Kampung Tanjung Batu Laut,” katanya.

Hussien berkata empat anggotanya iaitu Richard Jaikim, Jasni Ginsos, Sahrin Harun dan Azman Aman masih lagi menjalanka­n operasi memburu reptilia itu.

Beliau menasihati penduduk kampung agar tidak menjalanka­n aktiviti air seperti mandi manda bagi mengelakka­n serangan buaya.

Ditanya mengenai adakah buaya yang sama muncul di perairan Batu Sapi dan menyerang remaja 13 tahun, Hussien berkata besar kemunginan ia adalah buaya yang sama berdasarka­n faktor yang sering berlaku di mana apabila buaya itu telah menyerang manusia, sudah pasti ia akan mencari mangsa seterusnya.

“Ini disebabkan faktor makanan dan berkemungk­inan juga mencari habitat baharu,” katanya.

Beliau menjelaska­n operasi itu akan diteruskan sehingga buaya berkenaan berjaya ditangkap atau ditembak mati kerana ia adalah untuk keselamata­n penduduk di pesisiran pantai serta mengelak daripada serangan buaya berlaku lagi.

 ??  ??
 ??  ?? INDRA
INDRA
 ??  ?? HUSSIEN
HUSSIEN
 ??  ?? PAKCIK Amin berenang bersama tali untuk menangkap buaya.
PAKCIK Amin berenang bersama tali untuk menangkap buaya.
 ??  ?? KELIBAT buaya di bawah rumah di Kampung Tanjung Batu Laut.
KELIBAT buaya di bawah rumah di Kampung Tanjung Batu Laut.
 ??  ?? BUAYA berenang ke bawah jambatan di Kampung Tanjung Batu Laut.
BUAYA berenang ke bawah jambatan di Kampung Tanjung Batu Laut.
 ??  ?? ANGGOTA Jabatan Hidupan Liar melepaskan tembakan ke arah buaya.
ANGGOTA Jabatan Hidupan Liar melepaskan tembakan ke arah buaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia