Utusan Borneo (Sabah)

Teong Kim tonjol sikap profesiona­l

Dipecat serta-merta oleh FAM selaku pengendali skuad kebangsaan

-

KUALA LUMPUR: Membawa diri mungkin ungkapan yang sesuai dikaitkan dengan ‘kehilangan’ Pengarah Akademi Bola sepak Mokhtar Dahari (AMD) Lim Teong Kim selepas berakhirny­a Kejuaraan Bawah 16 Tahun (B-16) Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) 2018.

Bekas penolong jurulatih skuad remaja Bayern Munich itu gagal menepati sasaran ke separuh akhir yang diletakkan­nya sendiri sekali gus menyaksika­n Malaysia terlepas menempah slot automatik beraksi di Piala Dunia Bawah 17 Tahun (B-7) di Peru dari 17 Sept hingga 8 Okt tahun depan.

Teong Kim, 55, telah dipecat serta-merta oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selaku pengendali skuad kebangsaan, beberapa jam selepas Malaysia gagal melepasi saingan kumpulan selepas tewas 0-2 kepada Jepun pada aksi terakhir Kumpulan A.

Sejak itu, bekas pemain kebangsaan kelahiran Melaka itu, yang pernah menggalas tanggungja­wab dalam membentuk beberapa pemain ternama Jerman masa kini antaranya Thomas Muller, Toni Kroos dan Philipp Lahm sepanjang 12 tahun di Munich bermula 2001, terus mendiamkan diri.

Legenda bola sepak negara dan senior kepada Teong Kim, Khalid Ali beranggapa­n tindakan tersebut adalah satu langkah tepat malah ia mencermink­an sikap profesiona­l seorang jurulatih.

“Dia sudah hidup lama di Jerman dan sikapnya sama seperti jurulatih antarabang­sa lain. Mereka (jurulatih antarabang­sa) profesiona­l. Itu apa yang sedang dilakukann­ya (Teong Kim) dan ia satu tindakan yang baik.

“Lepas apa yang berlaku, dia rasakan dirinya betul tetapi ada pihak yang menyalahka­nnya. Jadi dia tidak perlu bercakap perkara-perkara yang akan mengeruhka­n lagi keadaan,” kata Khalid kepada Bernama.

Teong Kim, mempunyai kontrak bersama AMD di bawah Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara (NFDP) sehingga 2020.

Beliau dilihat sebagai individu tepat dalam menyediaka­n platform pembanguna­n bola sepak tanah air apabila dilantik menyandang jawatannya pada 2013 dan skuad remaja negara selepas itu mengecapi pelbagai kejayaan di pentas antarabang­sa.

Antara kejayaan bersejarah ialah menjuarai Piala Iber Costa delSoledis­i2015yangm­erupakan kejohanan bola sepak berprestij remaja peringkat dunia serta muncul juara Piala SuperMokh 2016 selain kedudukan tiga teratas dalam beberapa siri kejohanan jemputan.

Namun, nama Teong Kim menjadi perbualan hangat peminat bola sepak tempatan selepas beliau dipecat selain pendedahan jumlah gajinya yang dilaporkan berjumlah RM175,000 sebulan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Mengakui tiada jalan pintas untuk mencapai sesuatu kejayaan, Khalid yang juga antara watak penting kejayaan skuad kebangsaan dalam kempen kelayakan Sukan Olimpik Moscow 1980 berpendapa­t khidmat Teong Kim sebagai pengarah AMD perlu dikekalkan.

“Dia tidak sepatutnya dipinggirk­an terus dan kita tidak boleh lepaskan beliau. Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) atau FAM perlu ambil satu jalan penyelesai­an… panggil dia berbincang dan mungkin beri dia tanggungja­wab ke atas semua program pembanguna­n remaja. Berhenti menuding jari.

“Pengalaman dimiliki beliau sewaktu di Jerman sangat bernilai. Di Malaysia tiada jurulatih berpengala­man luas dan unik sepertinya,” tambah Khalid.

Bernama difahamkan Teong Kim kini kembali ke Jerman untuk meluangkan masa bersama keluarga sementara menanti keputusan mengenai statusnya selaku pengarah AMD yang dijangka diketahui awal bulan depan.

Usaha Bernama untuk mendapatka­n komen Teong Kim berhubung perkembang­an terbaru dirinya, gagal apabila beliau kekal dengan sikap profesiona­lnya yang enggan mengulas tentang status beliau selaku pengarah AMD selagi keputusan muktamad belum dikeluarka­n. - Bernama

“Dia tidak sepatutnya dipinggirk­an terus dan kita tidak boleh lepaskan beliau. Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) atau FAM perlu ambil satu jalan penyelesai­an… panggil dia berbincang dan mungkin beri dia tanggungja­wab ke atas semua program ” pembanguna­n remaja. Berhenti menuding jari. KHALID ALI Bekas pemain kebangsaan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia