Utusan Borneo (Sabah)

SKA Penampang terus intai gelaran juara

Kejohanan Karate Sekolah Rendah Sabah di Ranau bermula hari ini

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

Kejohanan ini disertai kira-kira 500 karatekas. Mereka ini daripada anggota gabungan SKA, cawangan, kelab atau sekolah-sekolah.

JULIAN CHIN Setiausaha Agung SKA

KOTA KINABALU: Juara lima edisi berturut-turut meletakkan Persatuan Karate Sabah (SKA) Cawangan Penampang sasaran untuk dikalahkan pada Kejohanan Karate SekolahRen­dahNegeriS­abah Ke-21 2018 di Ranau.

Kejohanan yang akan berlangsun­g di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Ranau pada 19-21 Oktober itu disertai 22 pasukan.

SKA Penampang di bawah kendalianG­raceyTiwon­selaku ketua jurulatih merangkul 10 pingat emas, lapan perak dan 17 gangsa untuk gelaran juara kelima pada kejohanan yang berlangsun­g di Ranau juga tahun lalu.

SKA Penampang bagaimanap­un dijangka akan terus diberi saingan sengit terutama dari pusat latihan utama (Main Dojo) dan SKA Papar selaku naib juara dan pemenang tempat ketiga tahun lalu.

Pasukan lain terdiri daripada Sandakan, Tawau, KKSK Keningau, Tambunan, Tenom, Kemabong, Tuaran, Tamparuli, Kinabatang­an, PDRM, KSKK Penampang, Inspire Club Karate, Tac Fit Tawau, La Salle, Sk St Francis Convent, Inanam Hope Karate Club, Kota Kinabalu dan Kompleks Sukan Sandakan.

“Kejohanan ini disertai kira-kira 500 karatekas. Mereka ini daripada anggota gabungan SKA, cawangan, kelab atau sekolah-sekolah,” kata Setiausaha Agung SKA, Julian Chin ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata, pertanding­an kali ini berlangsun­g selama tiga hari bermula hari ini bagi menampung penyertaan yang ramai itu.

Pertanding­an hari ini dijadualka­n bermula jam 4.00 petang selepas acara timbang berat badan, Ujian Akreditias­i Jurulatih, Seminar Pengadil dan mesyuarat penguruspe­ngurus pasukan.

Pertanding­an diteruskan dua hari berikutnya dan dijangka selesai pada jam 6.00 petang Ahad.

Julian berharap kejohanan itu bakal menampilka­n karatekas baharu berpotensi untuk digilap menjadi sandaran negeri pada masa akan datang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia