Utusan Borneo (Sabah)

Kelab Golf Negara Subang sambut ulang tahun ke-50

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

PETALING JAYA: Diasaskan pada tahun 1968, Kelab Golf Negara Subang (KGNS) pastinya mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri.

Manakan tidak, kelab golf berusia 50 tahun itu menyaksika­nPerdanaMe­nteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai pengasasny­a.

Sebagai pengiktira­fan terhadap perjalanan sejarah kelab yang panjang, KGNS pada Selasa yang lalu meraikan ulang tahun ke-50 menerusi sambutan Jubli Emas.

Presiden KGNS Datuk Tengku Shamsul Bahrin berkata, sambutan itu dimulakan dengan pelancaran rasmi logo dan tema ulang tahun KGNS ke-50 dikenali sebagai ‘A Heritage from Yesterday, A Treasure for Tomorrow.’

“Bagi sambutan yang ke50 tahun ini, kami telah merancang pelbagai aktiviti menarik. Antara pengisian program termasukla­h permainan golf bersama rakan dan kenalan daripada kelab golf lain di rantau ini.

“Agenda ini turut

Shamsul (empat dari kiri) bersama ahli jawatankua­sa KGNS pada majlis pelancaran logo baharu dan rancangan ulang tahun ke-50 kelab itu.

melibatkan VVIP, pegawai dan ahli kelab KGNS sendiri. Aktiviti lain ialah pertanding­an persahabat­an dalam sukan skuasy, renang dan tenis,” katanya.

Mengulas lanjut, Tengku Shamsul berkata KGNS turut menjalanka­n inisiatif tanggungja­wabsosialk­orporat (CSR) untuk golongan kurang bernasib baik sempena sambutan ulang tahun kelab golf itu.

“Kami akan meraikan seramai 150 anak yatim dari lima rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang pada 21 Oktober ini,” katanya

Beliau berkata, dalam tempoh 50 tahun, KGNS telah berkembang sebagai kelab keluarga dengan keahlian masyarakat daripada kelas yang berlainan yang melambangk­an rakyat Malaysia sebenar.

“Keharmonia­n dalam kepelbagai­an yang dikecapi melalui sukan golf inilah yang KGNS raikan dalam sambutan Jubli Emas kali ini,” katanya.

 ??  ?? TENGKU
TENGKU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia