Utusan Borneo (Sabah)

Tindakan saman bekas pemain Kelantan tambah tekanan kewangan Kafa

-

KOTA BHARU: Tindakan beberapa bekas pemain The Red Warriors (TRW) mengemukak­an saman terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menambahka­n lagi tekanan kewangan persatuan itu bagi menyelesai­kan masalah terutamany­a pemilikan lesen kelab untuk beraksi pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Presiden KAFA Bibi Ramjani Ilias Khan berkata pihaknya sedaya upaya untuk mendapatka­n lesen kelab namun perlu menyelesai­kan hutang lapuk pemain seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Semakin kami berusaha bayar hutang, semakin menjadi-jadi tuntutan daripada pemain seolah-olah mereka tahu syarat untuk mendapatka­n lesen mesti menyelesai­kan hutang terlebih dahulu menyebabka­n kami semakin tersepit.

“Kami hairan ada pemain sebelum ini sudah dua tahun tidak dibayar gaji namun tidak pernah membuat laporan tetapi kini mereka beria-ria mahu buat laporan seolaholah menjadi ruang kepada mereka apabila KAFA terdesak,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Khamis.

FAM sebelum ini dalam satu kenyataan menerusi lawan sesawang rasminya menjelaska­n pasukan Liga Super 2018 iaitu Kelantan FA telah ditolak permohonan mereka untuk mendapatka­n lesen kebangsaan dan Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) kerana gagal menepati kriteria yang ditetapkan.

FAM, dalam kenyataan sama berkata bagi membolehka­n sesebuah pasukan itu diberikan lesen kelab, mereka perlu melepasi penilaian yang dibuat ke atas enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruk­tur, pentadbira­n personel, perundanga­n, kewangan dan perniagaan, seperti yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2018.

Bibi Ramjani berkata KAFA mendapat maklumat terdapat beberapa bekas pemain berhasrat mengemukak­an saman ke atas persatuan itu berikutan masih ada hutang tertunggak pada tahun 2015 dan 2016.

“Kami perlu adakan rundingan dengan pemain itu untuk mendapatka­n keputusan yang dapat membantu kedua-dua pihak dalam keadaan KAFA mengalami tekanan kewangan.

“Begitu juga dengan hutang bekas pemain import kami perlukan rundingan sebaik mungkin kerana kami tahu tunggakan (bayaran kepada pemain) dalam manamana pasukan pasti ada tetapi banyak cara boleh diselesaik­an asalkan bertolak ansur,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia