Utusan Borneo (Sabah)

Uji ketahanan fizikal

Tabika Perpaduan Pengalat Besar adakan aktiviti mendaki Gunung Kinandukan

-

PAPAR: Seramai 45 peserta termasuk 12 murid Tabika Perpaduan Taman Perumahan Pengalat Besar mengadakan program Menaiki Bukit Kinandukan Papar di Kelanahan pada Sabtu lepas.

Program yang bertujuan untuk ketahanan fizikal murid itu di bawah seliaan Cikgu Shirmilah Abdul Hamid.

Selain murid Tabika, aktiviti itu turut disertai ibu bapa, keluarga dan Kumpulan Hikers iaitu Sumandak Klasik yang diketuai oleh Puan Rosni.

Aktiviti itu berjaya dilaksanak­an apabila melihat murid menaiki dan menurun bukit dengan kudrat mereka sendiri.

Murid bukan sahaja dapat melihat alam flora dan fauna sepanjang perjalanan menaiki bukit tetapi melihat dengan lebih indah apabila berada di puncak Bukit Kinandukan yang memperliha­tkan kawasan sekitar kampung dan laut yang luas.

Setibanya di puncak bukit, murid-murid dapat merehatkan diri dan bergambar bersama-sama ibu bapa, guru dan kumpulan hikers.

Bukit Kinandukan ini adalah bukit yang baharu sahaja diterokai dan dirasmikan oleh Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Haji Aidi Moktar.

Kini aktiviti mendaki bukit di Papar semakin diminati ramai termasuk dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara kerana melalui aktiviti itu mereka dapat melihat kampung dan kawasan pedalaman.

Pelbagai jualan di sekitar kawasan kaki bukit untuk pengunjung menikmati hidangan kampung seperti gado-gado, jagung rebus, dan sebagainya. Tidak ada bayaran dikenakan kepada pendaki bukit, hanya sumbangan ikhlas untuk memperbaik­i dan memperting­katkan keselesaan kawasan bukit.

Ibu bapa merasa gembira dapat membuat akitivi sihat dengan cara menaiki bukit Kinandukan­inidanberh­arap aktiviti seperti ini dapat

“Aktiviti itu berjaya dilaksanak­an apabila melihat murid menaiki sendiri.” dan menurun bukit dengan kudrat mereka

dijalankan lagi pada tahun akan datang.

 ??  ?? PESERTA berehat di Pondok Ombak Telinting.
PESERTA berehat di Pondok Ombak Telinting.
 ??  ??
 ??  ?? JEJAK PERPADUAN
JEJAK PERPADUAN
 ??  ?? (Gambar atas) ANTARA peserta merakamkan gambar kenangan bersama sebelum mendaki. (Gambar kiri) PESERTA yang menyertai aktiviti mendaki Bukit Kinandukan.
(Gambar atas) ANTARA peserta merakamkan gambar kenangan bersama sebelum mendaki. (Gambar kiri) PESERTA yang menyertai aktiviti mendaki Bukit Kinandukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia