Utusan Borneo (Sabah)

Kejohanan Sukan Massa Mahasiswa sempena HSN 2018

-

PUSAT Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Kejohanan Sukan Massa Mahasiswa Sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2018 pada 14 Oktober bertempat di Kompleks Sukan UMS.

Kejohanan itu adalah untuk mahasiswa mahasiswi UMS menonjolka­n bakat, kebolehan serta minat dalam acara sukan yang diceburi dan disertai. Sebanyak sembilan jenis sukan dipertandi­ngkan mengikut kategori lekaki dan wanita iaitu bola sepak, bola tampar, sepak takraw, tenis, catur, bola keranjang, bola jaring, futsal dan pentaque.

Objektif kejohanan adalah sebgai amalan gaya hidup sihat dan mengeratka­n hubungan antara mahasiswa. Ia juga bagi meningkatk­an darjah kegembiraa­n mahasiswa serta mengisi masa lapang dalam sukan. Di samping itu, sebagai menyokong HSN pada setiap minggu kedua bulan Oktober.

Penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Pengarah Pusat Sukan UMS Mohd Asyraaf Abdullah.

Beliau berkata, dengan adanya bakat baharu, ia boleh diserapkan bagi mengikuti fasa pemilihan untuk mewakili UMS ke sukan SUKIPT dan MASUM akan datang.

Sebanyak 853 penyertaan secara keseluruha­n dalam kejohanan kali ini menunjukka­n peningkata­n penyertaan yang memberangs­angkan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehlwal Pelajar & Alumni) Prof Dr Ismail Ali mengucapka­n tahniah kepada pemenangpe­menang pingat dalam kejohanan sukan massa kali ini.

“Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi pada masa akan datang dan syabas juga kepada Pusat Sukan UMS kerana menganjurk­an kejohanan sukan massa ini dengan jayanya,” katanya.

 ??  ?? ANTARA peserta Kejohanan Massa.
ANTARA peserta Kejohanan Massa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia