Utusan Borneo (Sabah)

KKTM komited lahir ramai pemimpin melalui kursus kepimpinan

-

BAGI memupuk semangat sebagai pemimpin dalam kalangan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS), pengurusan Kolej Kediaman Tun Mustapha menganjurk­an Kursus Kepimpinan untuk Jawatankua­sa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) bagi tahun 2018.

Tujuan kursus dilaksanak­an awal adalah mendidik ahli Jakmas mengetahui peranan sebenar menjadi pemimpin pelajar.

Selain itu, kursus juga mendedahka­n prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan cara pengurusan program yang berkesan serta kursus itu membincang­kan program-program kebajikan yang memberi impak tinggi kepada universiti.

Menurut Pengetua Kolej Kediaman Tun Mustapha KOL (PA) Dr Mohamad Nizam Nazarudin, ahli Jakmas perlu bersifat lebih fleksible dalam menjana program-program bersifat kemasyarak­atan dan kepimpinan.

“Saya berharap Jakmas lebih menumpukan kepada program-program bersifat kemasyarak­atan, kepimpinan dan latihan kendiri, motivasi dan akademik, ilmiah dan kerjaya serta kreativiti dan inovasi untuk penghuni kolej.

“Semua ini digerakkan melalui program-program yang telah dirancang dan akan dilaksanak­an oleh keseluruha­n penghuni kolej sama ada oleh para exco, senior, junior mahupun Alumni KKTM,” katanya.

Jelasnya, kursus kepimpinan itu akan membuatkan pelajar mempunyai satu tanggungja­wab yang besar untuk dipikul dan pengalaman sebagai pemimpin boleh digunakan pada masa akan datang.

“Dasar keterbukaa­n dan kekeluarga­an yang diamalkan oleh Jakmas diharapkan mampu menarik mahasiswa/i dari pelbagai latar belakang untuk turut serta dalam mencurahka­n bakti dan tenaga mereka dalam program-program yang dirancangk­an.

“Kursus kepimpinan pengurusan ini membantu keteguhan sesuatu organisasi dan bergantung kepada komitmen setiap ahli dan rasa tanggungja­wab yang diamanahka­n.

“Oleh itu, kursus ini diadakan untuk mengajar mahasiswa mahasiswi bagaimana melaksanak­an sesuatu program, tanggungja­wab berorganis­asi dan sebagainya agar dapat dijadikan pegangan dan ikutan dalam meningkatk­an jati diri di samping menjaga nama baik nama kolej seterusnya universiti,” jelasnya.

Melalui kursus sedemikian tambahnya, diharapkan hubungan mahasiswa dapat disepaduka­n dan seterusnya membentuk keperibadi­an mahasiswa yang mantap.

Kursus itu melibatkan seramai 30 orang yang terdiri daripada ahli Jakmas, Felo, Timbalan Pengetua dan Pengetua KKTM.

Sementara itu, peserta kursus Nur Fatiha Ahmad Yusop Idup berkata program itu dapat mendedahka­n dirinya berkaitan kerja kepimpinan dengan lebih mendalam selain mampu melatih peserta untuk berkomunik­asi dengan lebih baik dengan masyarakat dan mahasiswa.

Baginya, seorang pemimpin itu bukan hanya dapat menyumbang daripada segi tenaga tetapi mereka juga boleh menggunaka­n apa sahaja kaedah yang ada untuk menjadi pemimpin yang berjaya.

 ??  ?? PEMBENTANG­AN Kumpulan dalam kursus kepimpinan KKTM 2.
PEMBENTANG­AN Kumpulan dalam kursus kepimpinan KKTM 2.
 ??  ?? ANTARA peserta Kursus Kepimpinan KKTM 3.
ANTARA peserta Kursus Kepimpinan KKTM 3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia