Utusan Borneo (Sabah)

Kesihatan mental harus diangkat sebagai isu perdana

Masyarakat harus mula lebih terbuka membicarak­an dan tidak menganggap­nya sebagai kes terpencil: Fatimah

-

“Peningkata­n kes seperti bunuh, mencederak­an anggota keluarga, penderaan kanak-kanak serta keganasan rumah tangga melibatkan mereka yang mempunyai rekod gangguan mental adalah satu isyarat bahawa penyakit gangguan mental adalah satu masalah yang semakin membimbang­kan dan mesti ditangani bersama secara serius. ”

DATO SRI FATIMAH ABDULLAH Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

KUCHING: Sudah tiba masanya untuk kesihatan mental diangkat sebagai isu perdana, dengan masyarakat harus mula lebihterbu­kamembicar­akan dan tidak menganggap­nya sebagai kes terpencil.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata keseriusan sesetengah kes, terutama yang melibatkan kehilangan nyawa seharusnya memberi isyarat yang jelas untuk semua pihak bertindak secara bersepadu dan holistik.

“Peningkata­n kes seperti bunuh, mencederak­an anggota keluarga, penderaan kanak-kanak serta keganasan rumah tangga melibatkan mereka yang mempunyai rekod gangguan mental adalah satu isyarat bahawa penyakit gangguan mental adalah satu masalah yang semakin membimbang­kan dan mesti ditangani bersama secara serius.

“Masalah kesihatan mental boleh dilihat berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira faktor usia, jantina atau latar belakang keluarga.

“Individu yang mengalami masalah mental harus diberi rawatan segera untuk mengelakka­n kejadian yang tidak diingini,” katanya ketika menyempurn­akan penutupan Program Kesihatan Mental ‘Heal Your Inner Self’ di sebuah hotel di sini, pada Rabu.

Justeru, Fatimah menyaranka­n agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperting­katkan pelaksanaa­n aktiviti kesihatan mental, misalnya daripada aspek sokongan psikologi dan pencegahan bunuh diri.

Menurut beliau, stigma yangtinggi­terhadapke­sihatan danpenyaki­tmentalser­ingkali menjadi faktor penghalang kepada golongan pesakit untuk tampil mendapatka­n bantuan bagi permasalah­an yang mereka hadapi.

“Saya menyeru NGO dan agensi kerajaan untuk bersama-sama berganding bahu bagi meningkatk­an kesedaran dan menghapusk­an stigma terhadap kesihatan mental dan penyakit mental,” katanya.

Dalam pada itu, Fatimah berkata kerajaan juga telah menjalanka­n usaha menerusi pelbagai strategi pencegahan termasuk kempen dan promosi kesihatan mental, saringan dan intervensi di peringkat kesihatan primer, program yang memperkasa­kan masyarakat untuk menangani stres dan bantuan asas psikologi semasa krisis.

Selain itu, katanya adalah daripada aspek rawatan dan rehabilita­si, di mana semua hospital dan klinik kesihatan memberikan perkhidmat­an saringan serta intervensi bagi membantu mereka yang mengalami masalah kesihatan mental.

“Di Sarawak, terdapat 19 pakar psikiatri ditempatka­n di Hospital Umum Sarawak, Hospital Serian, Sri Aman, Sibu, Kapit dan Miri, termasuk seorang ditempatka­n di Hospital Limbang pada tahun ini,” katanya.

Terdahulu, Fatimah memberitah­u bahawa Laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 melaporkan bahawa Sarawak berada di tempat keempat tertinggi bacaan prevelens, iaitu sebanyak 35.8 peratus selepas Sabah/ Labuan (42.9 peratus), Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (39.8 peratus) dan Kelantan (39.1 peratus).

Namun bagi kajian ke atas kanak-kanak (berumur 5 tahun hingga 15 tahun), beliau berkata Sarawak mencatat prevelens tertinggi iaitu sebanyak 16 peratus yang terbahagi kepada masalah emosi (18 peratus), masalah tingkah laku (28 peratus), hiperaktiv­iti (4 peratus), masalah hubungan dengan rakan sebaya (33.6 peratus) dan kemahiran prososial (13.7 peratus).

Pada ketika ini, penyakit kemurungan telah dikenal pasti oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai penyakit keempat terbesar yang menyumbang kepada penyakit global yang telah menjadi punca kepada penyakit mental dan akan naik ke kedudukan kedua teratas selepas penyakit jantung menjelang 2020.

 ??  ?? FATIMAH menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta Program Kesihatan Mental ‘Heal Your Inner Self’ di sebuah hotel di Kuching.
FATIMAH menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta Program Kesihatan Mental ‘Heal Your Inner Self’ di sebuah hotel di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia