Utusan Borneo (Sabah)

Naikkan harga, larangan merokok di kedai makan tidak akan berkesan

-

KUCHING: Usaha menaikkan harga semua jenama rokok serta larangan merokok di kedai makan terbuka disifatkan mungkin bukan satu pendekatan dalam mengatasi tabiat merokok dalam kalangan rakyat negara ini.

Langkah menaikkan jenama semua rokok dianggap menggalakk­an pasaran rokok seludup sementara larangan merokok di kedai terbuka mengehadka­n lagi tempat merokok, yang mungkin akan menyebabka­n perokok bertindak tidak mematuhi peraturan.

Malahan tinjauan mendapati ada yang berpendapa­t usaha kerajaan dalam perkara itu termasuk menaikkan harga rokok dan larangan merokok di premis atau warung terbuka dianggap tidak akan berkesan.

Mohd Nizam Maulana Zaini, 41, berkata banyak usaha yang dilakukan kerajaan selama ini khasnya menaikkan harga rokok ternyata tidak begitu berkesan.

Bukan itu sahaja ujarnya, ia dilihat membuka pasaran rokok seludup yang meluas memandangk­an permintaan yang tinggi akibat kenaikan harga rokok.

“Sememangny­a usaha selama ini untuk mengatasi perkara berkenaan tidak berjaya, cukai naik dan harga naik tetapi rokok tetap terjual bahkan mungkin semakin meningkat.

“Maka itu kerajaan mungkin boleh mengEhadka­n pengeluara­n rokok dan jangan jadikan tembakau sebagai salah satu pendapatan negara,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, Rabu.

Nizam berkata kenaikan harga rokok memang tidak dapat dielakkan apatah lagi selepas ia dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) bahkan dia sendiri terpaksa membelanja­kan lingkungan RM150 hingga RM200 untuk membeli rokok.

Namun katanya, kesan yang harus dilihat adalah perokok tegar yang berpendapa­tan sederhana atau rendah akan beralih kepada rokok seludup.

Nizam berkata, bagi membendung perkara ini pihak berwajib seperti Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP)atau Jabatan Kastam perlu lebih proaktif bagi menangani isu penjualan rokok seludup.

“Tidak hanya menyerbu kedai runcit kecil atau di kampung-kampung tetapi yang menjual ratusan jenama rokok seludup di tengah bandar raya, termasuk di Kuching yang tidak pernah diambil tindakan,” tegasnya.

Sementara itu, Saiful Rahman Jedal @ Zaidel Ali, 37, kakitangan badan berkanun berpendapa­t, langkah kerajaan menaikkan harga rokok adalah wajar yang mungkin membantu mengurangk­an perokok atau menyebabka­n ramai perokok berhenti merokok.

“Setuju dengan usaha kerajaan dan bagi saya langkah kerajaan itu bukan untuk mengambil kesempatan ke atas cukai dan jika cukai meningkat ia dapat membantu perolehan negara untuk digunakan dalam pembanguna­n negara,” katanya.

Bagi Saiful juga, langkah kerajaan yang bukan sahaja menaikkan harga rokok tetapi larangan di premis makanan seperti kedai dan warung di tepi jalan adalah demi kesihatan yang lebih baik kepada rakyat dan adanya perokok kedua.

Sementara itu sebelum ini Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, harga jualan runcit bagi semua jenama rokok akan dinaikkan dalam tempoh tiga minggu lagi.

Beliau berkata harga produk tembakau termasuk rokok perlu dinaikkan apabila terdapat kenaikan cukai berdasarka­n Peraturan 8A Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

“Pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an barubaru ini akan menyebabka­n harga bagi semua jenis produk tembakau termasuk rokok kena dinaikkan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Selasa.

 ??  ?? MOHD NIZAM
MOHD NIZAM
 ??  ?? SAIFUL RAHMAN
SAIFUL RAHMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia