Utusan Borneo (Sabah)

Skuad Kasih Sayang PBB N71 terus giat santuni asnaf

-

MIRI: Skuad Kasih Sayang Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N71 Bekenu meneruskan usaha turun padang bagi mendamping­i golongan kurang berkemampu­an dan miskin dengan menghulurk­an bantuan sewajarnya.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus berkata bantuan yang diberikan adalah berdasarka­n bentuk keperluan mereka, sama ada sumbangan barangan makanan dan keperluan harian atau pembaikan rumah.

Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bekenu dan pengerusi Skuad Kasih Sayang PBB Bekenu memberitah­u, pendekatan seumpama itu dilihat mampu merapatkan lagi hubungan baik dan penyertaan holistik ahli parti itu di peringkat akar umbi dalam kerja amal dan kemasyarak­atan dengan penduduk di kawasan DUN Bekenu.

“Skuad Kasih Sayang PBB Bekenu sentiasa turun padang mendengar masalah dan membantu golongan tua dan penduduk miskin di kampung-kampung dan rumah-rumah panjang di kawasan Bekenu,” katanya selepas melawat lima rumah di Kampung Muhibbah, Ladang 3, Bekenu, dekat sini, pada Rabu.

Turut sama mengiringi Rosey ialah Ketua Wanita PBB Bekenu Hadijah Shiekh Kassim, Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak Julani Mokhtar serta Sarkawi Suhaili, Ketua Kaum Hassan Malik dan ahli-ahli Wanita PBB Bekenu.

Menurut Rosey lagi, skuad itu juga platform untuk membantu dan mendekati masyarakat serta melihat masalah mereka dan cuba membantu dalam apa juga cara yang termampu dilakukan.

“Pada masa yang sama skuad ini juga merupakan saluran untuk menyebarka­n maklumat kepada rakyat mengenai pelbagai bantuan dan skim bantuan yang disediakan kerajaan negeri, selain merapatkan lagi jurang di antara pihak kerajaan dengan rakyat secara amnya,” ujarnya.

Beliau berkata pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan untuk cuba mendekati lebih ramai golongan miskin yang memerlukan termasuk golongan kurang bernasib baik, miskin dan memerlukan.

Pada masa yang sama, Rosey berkata menerusi Skuad Kasih Sayang itu, ahlinya dapat menjadi jambatan antara rakyat dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam menyediaka­n perkhidmat­an kepada rakyat.

“Skuad Kasih Sayang adalah satu rangkaian yang sangat baik dan berkesan bukan sahaja untuk wakilwakil kerajaan, malah untuk para ketua kaum dan masyarakat keseluruha­nnya dalam menunjukka­n sikap prihatin dan ambil peduli terhadap masyarakat di sekitar mereka,” tambahnya.

Menurut Rosey, Skuad Kasih Sayang PBB Bekenu pula menekankan pada sikap ambil peduli untuk membantu golongan kurang upaya, warga tua dan miskin dengan memberi bantuan berupa keperluan harian, pembaikan rumah dan sebagainya.

Sehubungan itu beliau menggesa ketua-ketua kaum sama ada di kampung mahupun di rumah-rumah panjang agar mengenal pasti dan membantu mengenal pasti penduduk yang memerlukan bantuan.

Semasa lawatannya ke Kampung Muhibbah di Ladang 3 itu juga, Rosey turut menyerahka­n bantuan kepada lima penerima.

 ??  ?? ROSEY (duduk, tiga kanan) menyerahka­n bantuan kepada penerima sambil disaksikan ahli Skuad Kasih Sayang PBB N.71 Bekenu.
ROSEY (duduk, tiga kanan) menyerahka­n bantuan kepada penerima sambil disaksikan ahli Skuad Kasih Sayang PBB N.71 Bekenu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia