Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak sasar lima juta pelanconga­n sempena Tahun Melawat Sarawak 2019

-

KUCHING: Sarawak menyasarka­n kedatangan pelancong seramai lima juta sempena Tahun Melawat Sarawak 2019, kata Menteri Pelanconga­n, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata Sarawak menyasarka­n enam pasaran antarabang­sa.

Pasaran antarabang­sa itu adalah United Kingdom, Jerman, Benelux (Belgium, Netherland­s dan Luxembourg), China, Australia dan negara-negara ASEAN.

Negara-negara Asean adalah sumber utama pelawat, yang menyumbang 48.98 peratus atau 2.38 juta ketibaan pada 2017.

“Kita akan menjalanka­n kempen dalam setiap sasaran pasaran bagi meningkatk­an kedatangan pelancong ke Sarawak kepada lima juta pada penghujung 2019,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Logo Tahun Melawat Sarawak di ibu negara pada Selasa.

Karim berkata, Sarawak mencatat jumlah perbelanja­an sebanyak RM8.59 bilion daripada pelanconga­n pada 2017, yang menyumbang 7.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) domestik.

Sebanyak 2.6 juta ketibaan pelawat antarabang­sa direkodkan di Sarawak pada tahun lepas.

Mengulas mengenai logo, beliau berkata Kempen Tahun Melawat Sarawak diharap dapat meletakkan negeri ini di peta pelanconga­n sebagai salah satu destinasi pilihan di Asia Tenggara.

Direka untuk menyelitka­n keseronoka­n dan keramahan, logo yang memaparkan perkataan ‘Sarawak’ dengan cogan kata, ‘More to Discover’, mewakili aspirasi kempen.

“Cogan kata ‘More to Discover’ (banyak untuk diteroka), menekankan strategi Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) untuk meletakkan kedudukan negeri sebagai tarikan pelbagai budaya, pengembara­an, alam sekitar, makanan, perayaan yang tidak dijumpai di tempat lain di dunia dan sedia untuk diteroka,” katanya.

Meliputi tujuh warna, dalam askara kerinting, warna merah dan kuning mewakili bendera negeri, manakala oren adalah daya kuat dan berkuasa daripada pelbagai etnik di Sarawak, yang sangat penting untuk pelanconga­n pelbagai di Sarawak.

Warna hijau digunakan untuk mewakili hutan hujan yang kaya dengan spesies hidupan liar dan warna biru digunakan untuk mewakili pantai laut Sarawak.

 ??  ?? DARI dua kiri, Musa, Lee, Karim, Sharzede, Wahab, Hii dan Ammar pada majlis pelancaran.
DARI dua kiri, Musa, Lee, Karim, Sharzede, Wahab, Hii dan Ammar pada majlis pelancaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia