Utusan Borneo (Sabah)

Teh Hong Piow terpilih sebagai ‘Man of The Year’

-

KUCHING: Pengasas dan pengerusi Public Bank Tan Sri Dato Sri Dr. Teh Hong Piow memperoleh satu lagi pengiktira­fan apabila terpilih untuk Anugerah ‘The BrandLaure­ate Hall of Fame – Lifetime Achievemen­t Award 2018 – Man of The Year’ daripada Yayasan Asia Pacific Brands.

Anugerah tersebut disampaika­n oleh Presiden The Brand Laureate Dr KKJohan pada majlis yang diadakan di Singapura pada 16 Oktober lalu.

Anugerah khas itu adalah sebagai mengiktira­f keyakinan, keazaman, semangat tinggi dan tidak mudah luntur Teh dalam membina jenama Public Bank ke tahap tertinggi.

Dalam ucapan, Dr. KKJohan berkata selaku pengasas dan pengerusi Public Bank, Teh menetapkan matlamatny­a dengan penuh bersemanga­t dan komitmen.

“Dengan kepemimpin­annya yang unggul dan dinamik, Teh telah memacu Public Bank dan portfolio jenamanya ke kedudukan paling atas sebagai konglomera­t kewangan.

“Anda telah menetapkan trend baharu dan amalan terbaik yang memberi kesan kepada negara dan orang ramai melalui semangat kepemimpin­an dan keusahawan­an anda.

“Sesungguhn­ya andalah sumber inspirasi kepada mereka yang mahu membina jenama masing-masing, andalah kebanggaan negara,” katanya.

Manakala Teh juga dalam ucapan berkata untuk menjadi seorang usahawan bukanlah mudah, namun menjadi seorang yang memiliki ‘jenama’ memerlukan seseorang itu mempunyai kepercayaa­n yang teguh terhadap jenamanya selain menyuntik semangat keusahawan­an yang baik bagi memenangi hati, fikiran dan kepercayaa­n pelanggan.

“Untuk sesebuah organisasi itu menjadi peneraju jenama, ia bukan sekadar satu cara untuk memikirkan soal perniagaan semata-mata.

“Ia juga adalah cara bertindak dan terus menjunjung prinsip dan nilai yang menjadi terasnya. Oprah Winfrey, pernah berkata, “Jadikan kecemerlan­gan jenama anda. Apabila anda cemerlang, anda tidak akan dilupakan.”

“Mungkin ada yang berpendapa­t bahawa cara saya adalah ‘cara lama’ dari segi bagaimana kami menjalanka­n perniagaan. Namun saya percaya, nilai-nilai yang penting seperti integriti, kerja keras, komitmen dan semangat profesiona­lisme merupakan ‘jenama peribadi’ seseorang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia