Utusan Borneo (Sabah)

Manfaatkan peluang, kemahiran

113 graduan GLC tamat pengajian terima sijil

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU: Seramai 113 graduan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh­i Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam lima kursus berbeza, di sini pada Khamis.

Kesemua graduan terbabit terdiri daripada kakitangan Syarikat Sabah Softwoods Berhad (SSB) dan Syarikat Benta Wawasan Sdn Bhd (BWSB), melibatkan pelbagai peringkat usia.

Kelima-lima kursus terlibat merangkumi Pembantu Juruteknik Penyelengg­araan (Kilang Minyak Sawit), Penyeliaan dan Operasi Penanaman Kelapa Sawit, PenanamanH­utandanOpe­rasi Penyelenga­raan, Operasi Perkhidmat­an Sekuriti dan Pengeluara­n Minyak Sawit.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Pengarah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Jabatan Pembanguna­n Kemahiran

MOHAMAD memalu gong sebagai gimik perasmian.

(JPK) Kementeria­n Sumber Manusia Mohamad Yaakob memuji kesemua graduan berkenaan.

“Diharapkan kepada semua perantis (baharu) tahun ini, manfaatkan peluang sebaik mungkin, tingkatkan ilmu dan kemahiran diri, sekali gus membantu syarikat terus maju dan berdaya saing,” katanya.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SSB Mohd Hattah Haji Jaafar dan Ketua Pegawai Eksekutif BWSB Dalahan Buduk.

Mohamad berkata, JKP akan terus menyokong usaha dan inisiatif sedemikian dalam menjayakan programpro­gram yang dianjurkan terutama untuk melahirkan modal insan berkualiti dan berkemahir­an.

“Aspek ini amat penting untuk meningkatk­an lagi taraf hidup rakyat dan melonjakka­n pembanguna­n negeri ke arah mentransfo­rmasikan ekonomi Sabah demi kemakmuran dan kesejahter­aan bersama.

“Kelebihan daya saing sesebuah syarikat bergantung kepada kemahiran sesebuah syarikat seperti SSB dan BWSB menjurus kepada peningkata­n produktivi­ti,” katanya.

Menurutnya, kerjasama yang dilihat pada hari berkenaan amat digalakkan kerana melibatkan kedua-dua pihak iaitu agensi kerajaan dan swasta dalam menyalurka­n program-program kepada lepasan sekolah serta pekerja mereka sendiri, sekali gus menambah bilangan pekerja mahir dan mengurangk­an kebergantu­ngan kepada tenaga asing di negara ini.

“Penglibata­n sektor swasta dalam latihan kemahiran dan vokasional adalah amat digalakkan untuk memudahkan adaptasi pelajar dan belia ke dalam pasaran pekerjaan serta meningkatk­an kadar kebolehpas­aran mereka ke dalam industri,” katanya.

 ??  ?? MOHAMAD menyampaik­an sijil kepada graduan.
MOHAMAD menyampaik­an sijil kepada graduan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia