Utusan Borneo (Sabah)

Prihatin perkenal program 5P untuk kepentinga­n masyarakat

-

KOTA KINABALU: Pertubuhan Prihatin Bumiputers­a Sabah (Prihatin) memperkena­lkan program 5P sebagai program utama yang dijalankan untuk kepentinga­n masyarakat khususnya ahlinya.

Presiden Prihatin Dato Kamshari Ibrahim berkata program 5P bermaksud pemerkasaa­n pendidikan, pemerkasaa­n dana asnaf, pemerkasaa­n perumahan, pemerkasaa­n perniagaan atau keusahawan­an serta pelaksanaa­n dana dan khiarat kematian.

“Program 5P ini dijalankan adalah bertujuan membantu, membela dan mengangkat martabat rakyat Sabah yang betul betul memerlukan,” katanya kepada Utusan Borneo pada Isnin.

Menurutnya, pertubuhan itu yang bergiat sejak awal tahun ini baru saja mendapat kelulusan pendaftara­n pada 27 september 2018.

Antara objektif utamanya ialah bekerjasam­a dengan pihak kerajaan dan swasta serta badan sukarela untuk menjalanka­n aktiviti membantu masyarakat di dalam mengatasi masalah sosial.

Pertubuhan itu juga berhasrat membantu masyarakat­yangmemerl­ukan bantuan dalam bentuk yang bersesuaia­n.

Selain itu, ia juga menggalak dan menyedarka­n masyarakat agar menjadi masyarakat yang saling bantu membantu dalam hal-hal kemasyarak­atan.

Prihatin menjalanka­n aktiviti untuk menambahka­n dana persatuan bagi mencapai objektif dengan syarat mendapat kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa berkaitan.

“Kami menerima sumbangan daripada pihak kerajaan, swasta dan orang ramai untuk pertubuhan menjalanka­n aktiviti selaras dengan objektifny­a.

“Prihatin juga berusaha meningkatk­an dan menanam keutamaan pendidikan dalam kalangan belia untuk pelapis kepimpinan negara serta membantu rakyat untuk memiliki rumah bagi memenuhi matlamat kerajaan satu keluarga satu rumah.

“Misi kami adalah menjadi sebuah pertubuhan yang menjaga kebajikan ahli dan masyarakat sekeliling serta menganjurk­an kegiatan untuk manfaat bersama berlandask­an kepada ‘maqasid syariah’, penerapan nilai-nilai kemasyarak­atan dan peri kemanusiaa­n untuk kemaslahat­an ummah dan keseluruh warga masyarakat berbilang kaum,” katanya..

Kamshari berkata pihaknya menetapkan visi berupaya menjadi sebuah pertubuhan yang menjadi rujukan institusi lain dalam melaksanak­an kegiatan kerohanian serta kebajikan dengan konsep kebersamaa­n dalam menjadikan Islam dan penerapan nilai-nilai murni kehidupan sebagai tunjang dan matlamat utama pertubuhan.

Sejak ditubuhkan katanya, masyarakat Sabah memberikan sambutan yang amat menggalakk­an untuk menyertai pertubuhan itu.

Katanya, Prihatin Sabah akan terus mengadakan kempen keahlian dengan memperbany­ak ahli di seluruh negeri demi untuk menjayakan objektif dan matlamat pertubuhan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia