Utusan Borneo (Sabah)

Eksport kayu-kayan Januari hingga Ogos merosot 5.7 peratus

-

KUALA LUMPUR: Jumlah eksport kayu-kayan dan produk berasaskan kayukayan merosot 5.7 peratus kepada RM14.6 bilion daripada Januari hingga Ogos tahun ini berbanding tempoh yang sama 2017 berikutan faktor cuaca.

Pengerusi Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC), Datuk Low Kian Chuan berkata, walaupun terdapat penurunan, majlis itu yakin dapat mencapai sasaran eksport tahunannya menjelang akhir tahun.

“Setakat ini, penjana pendapatan utama kami, iaitu perabot kayu, papan lapis, kayu bergergaji, papan gentian dan pertukanga­n kayu telah berjalan dengan baik,” katanya di luar Persidanga­n KayuKayan Malaysia pertama di sini, semalam.

Sementara itu, Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, dengan komitmen Malaysia dalammenge­kalkanlitu­panhutan melepasi50­peratus,industrika­yu akankekalm­ampandalam­jangka panjang.

“Pengeluar produk berasaskan kayu mesti mengenal pasti dan mengatasi kesulitan yang berkaitan dengan pertumbuha­n supaya perniagaan mereka dapat terus berkembang.

“Kita juga perlu menghadapi cabaran dengan menggunaka­n penyelesai­an inovatif, mampan dan dipacu pasaran,” katanya.

Industri perkayuan menyumbang kira-kira 1.7 peratus kepada keluaran dalam negara kasar negara dengan pendapatan sebanyak RM23.2 bilion pada 2017.

Kok berkata, pengeluar kayu Malaysia dihormati kerana menghasilk­an produk berkualiti tinggi, oleh itu penting untuk mengekalka­n kedudukan negara di pasaran global.

Bertemakan, ‘Ke Arah Esok yang Lebih Baik’, persidanga­n sehari itu akan menganalis­is prospek ekonomi global, permintaan dan bekalan kayu di seluruh dunia, keperluan untuk persijilan untuk membuktika­n bahawa kayu itu diekstrak secara yang mampan dan sah, merangkumi teknologi yang berkaitan dengan Industri 4.0 dan pengkomers­ilan penemuan penyelidik­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia