Utusan Borneo (Sabah)

Hari Karnival Keusahawan­an PIBG SMK Mutiara 20-21 Oktober ini

-

LABUAN: PIBG SMK Mutiara akan mengadakan Hari Karnival Keusahawan­an pada 20-21 Oktober ini di pekarangan sekolah itu.

Penyelaras Program Junaidah Baharuddin berkata Hari Karnival Keusahawan­an PIBG itu merupakan aktiviti yang dilaksanak­an oleh pihak sekolah dengan gabungan PIBG dan KSIB.

Katanya, program itu bertujuan menambah dana PIBG SMK Mutiara.

Sehubungan itu katanya, penyertaan ibu bapa dan pelajar adalah wajar sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan aktiviti yang dirancang berjalan lancar.

Menurutnya, pelbagai aktiviti yang menarik diadakan ketika karnival berlangsun­g antaranya pertanding­an futsal, bola tampar, sepak takraw, inovasi dan kreativiti, pakaian beragam kanakkanak, pertanding­an mewarna, pameran agensi kerajaan dan swasta, auto show dan Mobile Legends.

Selain itu, gerai jualan, konsert mini, bola sepak 7 sebelah, akupuntur dan refleksolo­gi, Pusat Rawat Islam Darussyifa’, studio foto serta permainan sasar dan menang.

“Karnival yang diadakan dari jam 8 pagi hingga 5 petang itu akan dimeriahka­n dengan Rumah Hantu, Giant Bouncer, cabutan bertuah dan karaoke,” katanya.

SMK Mutiara yang mempunyai 99 guru, 18 Kakitangan Bukan Mengajar dan 783 pelajar akan membantu menjayakan program itu yang bertemakan ‘Berbelanja Sambil Beramal’.

“Kami mengalualu­kan sokongan dan penyertaan orang ramai termasuk ibu bapa dan masyarakat setempat untuk menjayakan pelbagai aktiviti sempena Hari Karnival Keusahawan­an PIBG SMK Mutiara pada Sabtu dan Ahad ini,” katanya.

Junaidah yang mewakili Pengetua SMK Mutiara Louren Abon dan Yang Dipertua PIBG Liza Anak Didi mengucapka­n terima kasih kepada semua guru, KTBM, AJK PIBG, KSIB dan pelajar sekolah itu yang berusaha gigih merancang Hari Karnival Keusahawan­an PIBG SMK Mutiara 2018.

 ??  ?? LOUREN (tiga kanan), Liza (dua kanan) dan Junaidah (berdiri, dua kiri) bersama AJK PIBG SMK Mutiara yang akan mengendali­kan Hari Karnival Keusahawan­an pada Sabtu dan Ahad ini.
LOUREN (tiga kanan), Liza (dua kanan) dan Junaidah (berdiri, dua kiri) bersama AJK PIBG SMK Mutiara yang akan mengendali­kan Hari Karnival Keusahawan­an pada Sabtu dan Ahad ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia